Walaupun sudah memohon maaf secara terbuka apabila anjing peliharaan keluarganya yang telah mengakibatkan kematian seorang jiran, anggota kumpulan Super Junior, Siwon terusan dikritik netizen.
Pada yang tidak tahu hal yang berlaku, anjing Siwon, Bugsy tidak diikat dan tiba-tiba bertindak agresif dengan menggigit kaki jirannya ketika keluar daripada lif kediaman mereka.
Akibat daripada kejadian itu, mangsa yang merupakan seorang wanita lingkungan usia 50 tahun itu terus dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada luka tersebut. Menerusi gambar yang dikeluarkan keluarga si mati, luka gigitan yang dialami mempunyai kedalaman kira-kira 2 hingga 3 cm lebarnya.
Kematian wanita itu telah membawa kepada kontroversi apabila ramai mula membahaskan sebab kematiannya.
Walaupun sesetengah percaya bahawa dengan gigitan anjing sahaja boleh menyebabkan kejutan septik. Hospital di mana si mati dirawat mengumumkan bahawa bakteria yang menyebabkan kejutan septik jarang ditemui di mulut anjing.
Alahai comelnya Bugsy ni!
Sehingga kini kontroversi terus berlanjutan, ada yang percaya bahawa perbuatan Bugsy itu merupakan ‘lumrah’ untuk seekor binatang bertindak agresif, sementara yang lain percaya bahawa perkara yang berlaku adalah salah pemilik sepenuhnya.
Keluarga si mati menambah bahawa Bugsy kini tidak lagi tinggal bersama dengan keluarga Choi.
Hurm rumit sangat kes ini tapi tak boleh kalau nak salahkan 100% peratus pada Siwon. Lagipun dah memang binatang ‘nature‘ dia macam itu, gigit orang.