Jenama global yang disukai ramai, Swarovski tampil dengan koleksi sensasi bersempena Krismas 2017 ini!
Terdiri daripada barang kemas, aksesori dan perhiasan rumah, setiap satunya berkilau bak bintang dan pastinya sesuai untuk dijadikan bingkisan istimewa buat tersayang sepanjang musim perayaan akan datang.
Lebih menarik, ia juga hadir dalam kotak biru yang ditemani ikatan riben merah bagi memancarkan aura Krismas bergermalapan.
Bukan itu sahaja, Venice Min yang merupakan seorang social media influencer dari Malaysia ini terpilih untuk menyertai pasukan Swarovski sebagai Friend of Swarovski, menggayakan seleksi barang kemas mempersona daripada koleksi terkini jenama itu yanng diperbuat daripada kristal bermutu.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.swarovski.com] atau lawat laman Facebook rasmi Swarovski Global di [www.facebook.com/SWAROVSKI.global]