Dulu jika keluar bersiar-siar memakai baju tidur pasti dianggap selekeh dan pemalas bukan?
Tapi sejak-sejak ini di pasaran anda akan dapat lihat jenama fesyen terkemuka seperti Zara, Mango atau H&M mengeluarkan koleksi rekaan baju tidur yang kebanyakan darinya diperbuat dari kain satin licin. Bercirikan kolar dan bentuk leher ‘V’ membuatkan baju tidur tersebut boleh dijadikan sebagai street style dan menghadiri acara malam.
Jangan tanya siapa mulakan trend ini tapi apa kata kita lihat seleksi selebriti yang tampil gaya tidur di pelbagai acara. Confident habis!
#1 Zendaya – lain dari lain! Baju tidur berkilat ini nampak glamor sangat.
#2 Demi Lovato – Simple dan 100% seksi pada tubuh Demi.
#3 Celine Dion – bukan calang-calang gaya baju tidur dari penyanyi legenda ini. Jenama Louis Vuitton!
#4 Elle Fanning – tetap manis dalam sepersalinan baju tidur jenis romper.
#5 Hailey Baldwin – gaun baju tidur milik model ini terletak dan tampil anggun dengan sepatu tinggi.
#6 Anna Kendrick – Macam mana lah Anna boleh selamba pakai pajama ini? Sebab ia cantik dan sangat fashionable!
#7 Gigi Hadid – gabungan but dan pajama paling elok! Belahan leher V crop pajama Gigi serius menarik mata memandang.
#8 Kim Kardashian – Wrap pajama Kim K beri ilusi pinggang lebih langsing dan pertama kali nampak Kim K tampak lebih rileks.
#9 Selena Gomez – biasa tapi kasut dan bibir merah Selena beri statement look yang gah walaupun dengan baju tidur.
#10 Rihanna – Mungkin kita boleh panggil Rihanna sebagai ‘Queen of Pajama’. Sandal berbulu dan segelas wine? Slayyyyy…
#11 Jessica Alba – kasut tumit tinggi itu menyelamatkan beliau dari tidur mungkin? Cantik!
#12 Rashida Jones – gaya romantis dari baju tidur ini mengalahkan gaun biasa bukan?
Jangan ingat perempuan sahaja tau! Lelaki pun boleh tampil bergaya keluar dengan pakai baju tidur.
#13 Ryan Gosling – bijak Ryan mengenakan celana putih untuk tidak berlebih dalam fesyen pajama beliau.
Kelakar pula bila teringat dulu gigih orang nak buat parti bertemakan baju tidur. Kini konsep itu dah lapuk mungkin? Sehingga di karpet merah dan pentas fesyen peragaan pun dah jadikan baju tidur sebagai koleksi eksklusif.
Tips untuk tampil sepersalinan baju tidur seperti selebriti di atas sangat mudah! Anda kena rajin bereksperimentasi dengan aksesori. Lihat, mereka cuma menambah aksesori seperti kaca mata, subang dan paling penting ialah gaya kasut anda itu.
Nak cuba?