Perasaan takut merupakan sebab lazim mengapa wanita gagal untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara bagi mengesan tanda-tanda awal kanser payudara seperti ketulan, benjolan, permukaan kulit yang kasar, sakit puting atau payudara.
Menurut jenama krim mandian, Shokubutsu, pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi merupakan cara yang paling utama dan mudah dilakukan oleh setiap wanita bagi kepentingan masa depan mereka.
Shokubutsu telah melancarkan Kempen Shokubutsu Be My Reason (Pink Ribbon) yang bertujuan untuk melahir dan meningkatkan lebih kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan sendiri payudara serta bagaimana pengesanan awal boleh mengelakkan tekanan, trauma serta kejadian yang tidak diingini.
Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Shokubutsu akan menyumbangkan 10 sen kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dari jualan rangkaian cecair mandian – Shokubutsu Fresh Shower Foam, Shokubutsu World Famous Bathing Series dan Shokubutsu Active Guard Anti-Bacterial Body Wash.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Shokubutsu Be My Reason, layari Facebook Shokubutsu Malaysia.