IKLAN
Hiburan

Siapa Bintang Ternama Korea Yang Tinggal di Kediaman Serba Mewah Ni? (9 Gambar)

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
Siapa Bintang Ternama Korea Yang Tinggal di Kediaman Serba Mewah Ni? (9 Gambar)

Kalau dekat Malaysia, kediaman sebegini hampir bernilai lebih RM1 Juta, lebih-lebih lagi jika terletak di lokasi strategik di tengah Kuala Lumpur.

IKLAN

Tahukah anda bahawa pangsapuri Hanwha Galleria Foret ini menjadi pilihan kebanyakan artis Korea?

Hanwha Galleria Foret, kediaman yang menjadi pilihan ramai selebriti Korea. Foto – Koreaboo

Pangsapuri mewah ini terletak di timur Seoul, bersebelahan dengan Seoul Forest, terdiri daripada dua buah bangunan yang mempunyai 45 tingkat setiap satu.

Dilaporkan banyak selebriti Korea hebat yang tinggal di sini, antaranya G-Dragon, Kim Soo Hyun, Lee Soo Man dan juga Han Ye Seul!

Kim Soo Hyun. Foto – Pinterest
G-Dragon. Foto – Tumblr
Lee Soo Man. Foto – Google Image

Pangsapuri ini menawarkan pemandangan Sungai Han, Menara Namsan dan juga Lotte World Tower. Mengupah arkitek Perancis berkelas dunia Jean Nouvel untuk mereka bahagian dalam pangsapuri, kebanyakan setiap unit menelan kos sekurang-kurangnya $1 juta.

Foto – Koreaboo
Foto – Koreaboo
Foto – Hiasan dalaman direka oleh arkitek bertaraf dunia, Jean Nouvel. Foto – Koreaboo
Foto – Koreaboo

Jika sudah mewah sebegini, pasti keselamatannya juga terjamin. Jadi, tidak hairanlah ramai selebriti memilih untuk tinggal di sini.

RUJUKAN