Peluh dan habuk yang melekat di permukaan kulit saban hari mampu membuatkan penampilan kulit kelihatan kusam dan lebih parah apabila ia meninggalkan kesam lebam dan kehitaman dipanggil daki.
Daki adalah apabila kotoran yang sudah bercampur peluh dan sel kulit mati bergabung, melekat pada permukaan kulit lalu mengeras dan sukar untuk dihilangkan biarpun sudah dibasuh dan diskrub berulang kali.
Oleh itu, adalah mustahak untuk kita, terutamanya yang bermastautin dalam negaraberiklim panas mandi setiap hari dan membersihkan badan secara rapi iaitu menggunakan sabun serta berus badan atau jaring buih (loofah). Langkah ini bagi memastikan yang kulit bersih sebersihnya daripada partikel halus kotoran serta sel kulit mati.
Ada orang kata, ubi kentang bermanfaat untuk menghilangkan daki serta mencerahkan kawasan gelap pada kulit seperti di bahagian pelipat bawah lengan namun, ini ada lagi satu petua yang Wanista mahu kongsikan bersama iaitu dengan memanfaatkan susu, lemon dan gula kristal. Ternyata, cara ini memang membantu!
Cara:
1. Celup kapas dalam susu asli lalu sapukannya ke seluruh bahagian kulit yang berdaki. Urut sisa susu sehingga rata sebelum lap menggunakan sebarang kain bersih. Guna kain putih kalau hendak lihat jelas sisa daki yang tertanggal.
2. Celup kain bersih lain dalam air bersuhu panas dan tekapkannya di atas kulit untuk bantu mengembangkan daki. Tekap beberapa kali sebelum lap keseluruhan bahagian tersebut dengan kain sama.
3. Kemudian, tangkup sebahagian lemon dalam semangkuk gula kristal lalu sapukannya di atas kulit berdaki tadi. Gosok lemon yang sudah diselaputi gula beberapa ketika pada kulit sebelum menggosok sisa gula menggunakan tangan seperti skrub (Lakukan gerakan skrub selama 3 hingga 4 minit).
“Tepung gram adalah sejenis tepung yang lazimnya diperbuat daripada kacang kuda dan kacang dal.”
4. Langkah seterusnya, campurkan 5 camca teh tepung gram bersama 3 camca teh susu asli, 1 camca teh madu dan 4 titis jus lemon. Gaul kesemua bahan sebelum sapukan pes tersebut pada bahagian kulit yang dikehendaki.
5. Biarkan pes tersebut mengering seperti mask sebelum sapukan susu asli rata di atasnya.Urut selama 5 minit dan fokuskan gerakan pada bahagian berdaki.
6. Gunakan tuala lembab panas untuk bersihkan permukaan kulit. Hasilnya! Daki degil semakin pudar dan jika dilakukan beberapa kali pasti mampu mencerahkan kawasan gelap seperti di pelipat tangan, pelipat kaki, belakang leher, celah kangkang mahupun di bawah lengan.
Tonton Tutorial Menghilangkan Daki Menggunakan Bahan Dari Dapur
https://www.youtube.com/watch?v=Aj0lsEhWuzQ&index=3&list=LLcOHV5PASlOHcybDtsND7PQ&t=282s
Jadi, sesiapa yang dah buntu tak jumpa cara berkesan untuk hilangkan daki tu bolehlah guna cara ini. Jika diamalkan selalu, tak mustahil kulit boleh licin dan bersih!
Selamat mencuba! ❤️