Acara

Sertai Pertandingan Fotografi Bapa Dan Anak Anjuran Ikea Malaysia

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Sertai Pertandingan Fotografi Bapa Dan Anak Anjuran Ikea Malaysia

Ikea Malaysia dan Kedutaan Sweden bekerjasama melancarkan sebuah pertandingan fotografi meraikan bapa-bapa. Pada tahun ini, Ikea telah memperkenalkan cuti bapa di seluruh gedung-gedung dan pejabat Ikea di Asia Tenggara, bagi membolehkan bapa-bapa baru menjaga bayi mereka yang baru lahir. 

IKLAN

Pertandingan fotografi ini juga sebagai peluang lebih ramai lagi bapa-bapa di Malaysia mengambil langkah inisiatif dalam penjagaan anak-anak lebih kepada bentuk kasih sayang ciuman dan pelukan.  

Sepuluh orang bapa akan terpilih untuk memenangi satu sesi bersama dengan seorang jurugambar profesional dan potret mereka bakal dipamerkan di pameran Swedish Dads di Balai Seni Negara serta pusat membeli-belah MyTOWN. Tiga pemenang utama menerima baucer kad hadiah Ikea berjumlah RM4,500. 

Pada 1 Januari lalu, Ikea Asia Tenggara telah memperkenalkan satu bulan cuti bapa bergaji dan Muhammad Rizal Sunalim antara pekerja Ikea Malaysia yang memperoleh faedah itu. 

Foto – Malaysian Dads Photo Contest

Kepada anda (para bapa) yang ingin menyertai pertandingan ini. Ikuti langkah dibawah:-

Terma dan Syarat Pertandingan

Siapa yang layak? 

  • Bapa yang tinggal secara sepenuh masa di Malaysia
  • Sedia mempamerkan foto profesional keluarga di Balai Seni Negara dan MyTOWN
  • Boleh hadir sesi fotografi pada 3 – 11 November
  • Setuju untuk memberi keizinan Kedutaan Sweden dan Ikea Asia Tenggara menggunakan gambar secara percuma
  • Bukan kakitangan Ikea Malaysia atau MyTOWN

Konsep gambar?

  • Sebarang konsep tentang kehidupan anda di rumah
  • Bersama-sama anak berumur 5 tahun dan kebawah
  • Jenis kamera tidak diambil kira
  • Tidak mengandungi unsur yang terlalu keterlaluan

Cara bertanding?

IKLAN
  • Layari Facebook Malaysian Dads Photo Contest pada 16 hingga 29 Oktober 2017
  • Hantar satu gambar bagi setiap keluarga
  • Kapsyen gambar tidak kurang dari 50 patah perkataan tentang bagaimana anda melihat peranan anda sebagai seorang bapa

Berminat? Hantar penyertaan anda sekarang sebelum 29 Oktober 2017. Semoga berjaya!