Yang pasti penampilan Justin Bieber ini semakin membuatkan Beliebers berduka lara.
Kita sedia maklum, Justin Bieber tidak asing dengan tatu, tetapi seni tatu yang baru ini semakin menjadi-jadi sehingga memenuhi dan menutupi badannya.
Penyanyi muda ini sendiri berkongsi gambar dan video di media sosial yang menunjukkan tatu baru yang meliputi seluruh tubuhnya.
Pada hari Sabtu, Justin berkongsi imej kepada akaun Instagramnya yang mengejutkan peminat dengan hakikat bahawa bahagian depan badan atasnya, dari pinggang ke bahagian atas bahu, kini telah ditutup sepenuhnya dengan lukisan karya seni.
Menurut artis tatu terkenal, Keith “Bang Bang” McCurdy, proses mengukir tatu itu mengambil masa hampir 26 jam untuk disiapkan.
No wonder Beliebers tak suka tatu Justin yang baru ni, sebab dah tak nampak badan sasa six packs Justin lagi.