Jenama pereka pendukung bayi ergonomik yang pernah memenangi augerah iiatu Ergobaby baru-baru ini memperkenalkan satu lagi inovasi terkini yang dipanggil OMNI 360 Baby Carrier.
Direka khas menepati ciri-ciri keselesaan yang dibutuhkan bayi dan ibu bapa, ia merangkumi kesemua fungsi yang diperlukan oleh pendukung bayi.
Tonton Tutorial Memakai Ergobaby OMNI 30 Baby Carrier
OMNI 360 Baby Carrier mampu menampung berat bayi 3.2 hingga 20 kg dengan kemampuan menetapkan posisi keselesaan mendukung di mana ibu bapa dengan mudah bisa memalingkan kepala bayi menghadap mereka atau keluar serta reka bentuknya jug aversatile sesuai dengan stail dan trend semasa.
Tonton Tutorial Memasang Ergobaby OMNI 360 Baby Carrier
Bukan itu sahaja, pendukung bayi keluaran Ergobaby turut disisip dengan elemen untuk menyokong struktur tulang pinggul dan kedudukan pinggang bayi dengan kusyen tempat duduk sokongan berbentuk M, diperbuat 100 peratus daripada fabrik kapas serta ciri tali yang boleh disilangkan ke belakang badan untuk keselesaan ibu atau bapa yang mengendong.
Terdapat dalam rona pilihan Hitam, Kelabu Mutiara, Biru Gelap dan Hijau Khaki. Untuk keterangan lanjut, sila klik [store.ergobaby.com/instructions] atau [bloomandgrowasia.com]. Harga yang diitawarkan untuk kombo keselesaan OMNI 360 Baby Carrier oleh Ergobaby ini adalah RM949.