Kenyangkan selera dan kempunan unntuk menikmati aneka hidangan ayam goreng paling lazat di Ayam Lejen Fried Chicken Festival anjuran FriedChillies yang bakal menghidangkan lapan jenis menu ayam goreng ragup dan berperisa istimewa untuk penggemar tegar ayam goreng!
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan tiket bagi menyertai acara hebat ini, berlangsung selama dua hari merangkumi empat sesi dalam satu hari bermula 10am – 2pm dan 4pm – 8pm yang akan diadakan di Stesen LRT Ara Damansara pada 18 dan 19 November 2017.
Menurut pihak penganjur, penyertaan hanya terhad kepada 2000 orang sehari dan setiap pengunjung yang mengambbil bahagian layak menerima 8 hidangan enak berasaskan ayam goreng. Bukan itu sahaja, beg cenderamata (goodie bag) juga menantu pengunjung!
Lapan restoran dan gerai yang akan menyediakan menu ayam goreng istimewa adalah termasuk:-
1. Broasted Chicken King – Keramat (Ayam Goreng Ala Arab)
2. Ayam Goreng Wak Kentut – JohorBahru (Ayam Goreng Nasi Lemak)
3. Gerai Ah Kow – Kuala Lumpur (Ayam Goreng Bijan Horlicks)
4. Sweetree – Ampang (Ayam Goreng Pedas Korea)
5. Nomms – Subang Jaya (Ayam Goreng Bertih Jagung)
6. KGB -Bangsar (Ayam Goreng Telur Masin)
7. Zainul Nasi Kandar – Petaling Jaya (Ayam Goreng Ala Nasi Kandar Pulau Pinang)
8. myBurgerLab – Seapark (Burger Ayam Goreng Istimewa)
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.facebook.com/Ayam Lejen Fried Chicken Festival] atau lawat [ayamlejen2017.peatix.com] untuk beli tiket ke acara Ayam Lejen Fried Chicken sekarang. Harga adalah RM58 seorang.