Bila dah rambut pendek, kita rasa rindu akan rambut panjang. Bila rambut panjang, rasa rimas. Begitulah perasaan dilema setiap wanita. Punyalah pelbagai petua tradisional dicubanya, tips selebriti dikoreknya dan pelbagai produk dikaji semata-mata untuk penjagaan rambut yang sihat dan bermaya.
Anda nak tahu, pendekatan yang digunakan di Korea lain pula, malah lagi pelik dan tak masuk dek akal.
Di Korea, popular dengan kepercayaan untuk pertumbuhan rambut apabila seseorang berfikir tentang perkara-perkara erotik atau menonton video erotik. Hal ini kerana hormon seksual dalam badan akan bekerja dengan lebih aktif dan cepat dan ini menggalakkan pertumbuhan rambut.
Sesetengah saintis menegaskan bahawa wanita mengandung sering dilihat mengalami pertumbuhan rambut yang lebih cepat akibat perubahan hormon dalam tubuh mereka. Walaubagaimanapun, tidak ada bukti yang cukup untuk mengesahkan kepercayaan tersebut.
Kerana hal yang sama, pengurus kepada penyanyi comel IU ingin tahu cara yang dilakukannya untuk membuat rambut tumbuh dengan lebih cepat.
“Adakah terdapat rahsia bagaimana untuk membuat rambut tumbuh lebih cepat dalam masa yang singkat? Saya pernah mendengar kepercayaan popular ini tetapi saya tidak boleh mengatakannya,” tanya pengurus IU.
IU yang sudah dapat mengagak jawapan pengurus, namun memberikan komen sebaliknya.
“Mungkinkah kamu fikir apa yang saya fikir? Sebenarnya, kamu perlu makan sekurang-kurangnya tiga kali sehari untuk pertumbuhan rambut dengan cepat.
“Kenapa? Adakah kamu memikirkan sesuatu yang lain? Saya yakin kamu memikirkan sesuatu yang lain. Kenapa muka merah?,” seloroh IU.
Macam-macam hal. Tapi setiap orang punya cara tersendiri untuk pertumbuhan rambut dan mungkin cara IU ini berkesan untuknya. Siapa tahu?