Idospa Sdn. Bhd. telah melancarkan saluran tempahan spa dalam talian di Malaysia, yakni bertujuan untuk menghubungkan para pedagang dan pelanggan dengan saluran yang khusus.
Dengan lebih daripada 1,000 outlet, aplikasi idospa pada dasarnya adalah saluran yang memberikan akses mudah ke pelbagai spa yang terdapat di pasaran.
Diambil daripada perkataan “I do spa”, aplikasi idospa sangat mudah dan mesra pengguna untuk beroperasi. Pengguna boleh membuat tempahan mereka di mana sahaja dengan aplikasi, menikmati temu janji yang dibuat dan keluar apabila selesai.
Jadi, ingin rasai pengalaman menggunakan aplikasi idospa?
Pengguna boleh memuat turun aplikasi di App Store dan Google Play Store dengan mencari idospa Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai idospa, sila layari laman web rasmi https://www.idospa.my/ atau ke Facebook https://www.facebook.com/idospa.my/.