Kecoh sejak awal minggu lalu, khabarnya netizen sudah menemui kembar penyanyi pop yang popular dengan lagu “Work” dan “Bitch Better Have My Money”, siapa lagi kalau bukan Rihanna!
Pada mulanya, gadis itu dipilih oleh jurusolek merangkap beauty guru terkemuka iaitu Patrick Starrr atau nama sebenarnya Patrick Simondac, yang menggunakan wajahnya sebagai kanvas bagi mencuba koleksi krismas (Holiday Collection) Fenty Beauty terbaharu.
Video tutorial mekap itu kemudian mendapat perhatian umum sehingga ditonton hampir tiga juta kali dalam masa seminggu! Rata-ratanya berpendapat bahawa gadis bernama Andele Lara itu sememangnya mempunyai wajah yang mirip benar dengan Rihanna. Apa yang pasti, Andele langsung tiada kena mengena dengan salah-silah keluarga Rihanna.
Tonton Tutorial Solekan Patrick Star Menggunakan Fenty Beauty Galaxy Collection
Jom kenali siapa Andele Lara!
#1 Andele Seorang Gadis Berusia 25 Tahun
Lahir pada 29 April 1992!
#2 Berasal Daripada Boston, Massachussets
https://www.instagram.com/p/BW5m-OmAd0U/?taken-by=andelelara
#3 Kawan-Kawan Mula Menggelarnya Rihanna Ketika Usianya 15 Tahun
Kata Andele, ketika Rihanna mula-mula popular dahulu seorang rakan kelasnya membeli senaskah majalah yang menjadikan Rihanna sebagai wajah utama.
https://www.instagram.com/p/lvUVIYM61s/?taken-by=andelelara
Lalu rakannya itu meletakkan gambar wajah Rihanna disebelahnya kerana kagum dia mirip penyanyi itu. Dari situlah segalanya bermula.
#4 Dikhabarkan Pernah Berhenti Belajar Sejak Popular Sebagai “Pelanduk Dua Serupa” Rihanna
https://www.instagram.com/p/9RrPmcs61V/?taken-by=andelelara
#5 Pernah Mengikat Kontrak Model Bernilai RM72,615 Dengan Sebuah Jenama Fesyen
https://www.instagram.com/p/BHoBzQKgCYa/?taken-by=andelelara
#6 Jana Ribuan Dollar Hanya Untuk Mempromosikan Barangan Di Instagram
Sudah menjadi kelaziman individu berpengaruh media sosial dijadikan ‘alat’ untuk melariskan produk jualan mereka. Dalam masa yang sama, si empunya badan juga turut akan dibayar. Lebih ramai pengikut, lebih tinggilah bayarannya!
https://www.instagram.com/p/BHvQMcyAkz6/?taken-by=andelelara
#7 Pernah Dikejar Peminat Yang Menyangkanya Rihanna
https://www.instagram.com/p/BWsmBa9AxE-/?taken-by=andelelara
#8 Diejek Kerana Terlalu Kurus & Berdahi Luas
Sebelum penyanyi Rihanna popular sekitar 2005 lantas menjadi ikon pujaan ramai, Andele sering diejek rakan sebaya kerana fizikalnya yang terlalu kurus dan memiliki dahi yang luas.
https://www.instagram.com/p/18VfHrs6wB/?taken-by=andelelara
#9 Tak Boleh Menyanyi
Dalam satu temu bual, Andele pernah mendedahkan yang dirinya perlu mengambil kelas vokal jika hendak menjadi seperti Rihanna kerana dia langsung tidak boleh menyanyi.
https://www.instagram.com/p/5gIUetM66g/?taken-by=andelelara
#10 Dibesarkan Dalam Keluarga Kecil Dan Merupakan Anak Bongsu
Andele mempunyai hanya seorang kakak yang baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke 29 baru-baru ini…
https://www.instagram.com/p/8dt5tds66q/?taken-by=andelelara
#12 Membangunkan Website Panduan Gaya Hidup Dipanggil “Grow & Glow”
Laman web [www.growandglow.life] itu menggabungkan elemen motivasi dan panduan hidup untuk rujukan para pembaca.
Sebelum ini, selebriti seperti Taylor Swift, Miley Cyrus dan Jennifer Lawrence juga mempunyai kembar iras.
BACA: Percaya Atau Tidak, Gadis Dalam Foto Ini Bukan Taylor Swift