Penghujung September sudah sewaktu berlangsungnya Minggu Fesyen Milan, Moschino menghangatkan arena fesyen apabila tampil dengan rekaan penuh funky untuk koleksi musim Bunga/Panas 2018 yang pastinya menarik digayakan bagi individu bersifat eksentrik.
Seiring dengan rekaan bajunya yang pelbagai, aksesori yang diketengahkan juga menjadi perhatian apabila kaca mata hitam yang dihasilkan musim ini adalah berlandaskan konsep punk, diinspirasi daripada stail rock 70an.
Bingkai bentuk “cat eye” menonjolkan kehalusan elegen feminin manakala perincian yang dihiasai susunan padu studs pula memberi impak dramatik yang sensasi.
Tonton Pertunjukan Fesyen Koleksi Musim Bunga/Panas 2018 Moschino
Terdapat dalam seleksi rona unggul termasuklah hitam, merah jambu, merah cili, putih dan banyak lagi.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.moschino.com/us/moschino]