Anda rasa berapa usia wanita ini? Mungkin akhir 20-an atau sekitar 30-an? Salah sekali kerana wanita ini sebenarnya berusia 50 tahun. Ya, susah nak percaya bukan kerana wajahnya nampak terlalu muda untuk usia sebenar. Agaknya apa rahsia wanita Indonesia, Puspa Dewi ini?
Puspa Dewi menarik perhatian netizen selepas gambarnya tular di media sosial bahkan bertambah terkejut apabila mengetahui usianya.
Bayangkan pada usia 50 tahun, ke mana sahaja ibu muda ini pergi, ramai yang tidak percayai apabila mengetahui usia sebenarnya. Bukan itu sahaja, apabila dia keluar dengan anak lelaki remajanya, Dennis dan Daniel, ada yang menganggap mereka adalah teman lelakinya.
Merupakan seorang bekas ratu kecantikan, Dewi adalah seorang selebriti tempatan yang popular di negaranya dan sering muncul di program TV Indonesia.
Dalam temu bual dengan laman web Indonesia, Detik, Dewi, berkata dia tiada rahsia apa-apa, cumanya mengamalkan diet yang sihat dan “kebahagiaan”.
“Saya rasa lebih bahagia sekarang, anak-anak semuanya sudah dewasa dan saya dapat menjalankan perniagaan yang saya suka,” kongsi Dewi rahsia kebahagiaannya.
Selain berminat dengan sukan zumba, Dewi mengatakan dia mengekalkan kecergasannya dengan senaman termasuk aerobik, berenang dan badminton.
Kini, Dewi bangga dengan kelahiran “bayi” iaitu HadiGenetics, sebuah perniagaan di mana dia berkongsi tips senaman dan panduan pemakanan yang berguna dan berkhasiat kepada pelanggan.
Macam ini 50 tahun? OMG Unbelievable!