Beberapa hari ini, tersebar foto kad undangan perkahwinan pasangan aktor dan aktres Korea pujaan ramai iaitu Song Joong Ki dan Song Hye Kyo yang bergitu ringkas!
Imej eksklusif itu diperolehi daripada Chongqing Times beberapa hari lalu sebelum tersebar meluas sekaligus menarik perhatian netizen.
Hanya dihiasi riben putih dan tangkai dedaun menjalar, perkahwinan mereka yang dijadualkan berlagsung pada 31 Oktober ini akan mengambil tempat di sebuah hotel ternama, The Shilla Seoul pada jam 4 petang seperti yang tercatat dalam kad undangan berkenaan.
Tonton Video Pasangan Korea Yang Pernah Langsungkan Resepsi Mewah Di The Shilla Seoul
https://www.youtube.com/watch?v=TiNikt8K3bo
Dalam kad tesebut juga, terdapat nota yang ditulis dalam bahasa Inggeris menyatakan betapa mereka merendah hati mahu tetamu turut serta dalam acara untuk sama-sama meraikan hari paling bahagia dalam hidup mereka.
Sebelum ini, pasangan itu mengembara sehingga ke Amerika Syarikat untuk merakamkan foto pra perkahwinan mereka di sana.