Sudah menjadi lumrah seorang selebriti menjadi perhatian umum termasuklah lensa kamera media dari segenap sudut. Cara pembawaan serta karakter diri bakal menjadi buah mulut orang yang melihat dan paling utama adalah gaya fesyennya.
Laudya Cynthia Bella umpamanya, selalu diperhatikan dari hujung rambut hingga hujung kaki dan ternyata wanita berdarah Indonesia yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran ini gemar bertukar tas tangan setiap kali membuat penampilan umum! Khabarnya juga, ada antara koleksi tas tangannya yang bernilai hampir ratusan ribu tau?
#1 Celine Orange Smooth Calfskin Leather Nano Luggage Tote Bag: RM11,404
#2 Hermes Herbag Zip Black Canvas Bag: RM11,615
#3 Hermes Toolbox Capucine: RM33,788
#4 Fendi Multicolour Boston Bag with Shoulder Strap in Grey Leather Studs: RM7,286
#5 Bottega Veneta Knot in Silver Interccio: RM12,417
#6 Marie de la Roche Moscow Bag Rose Quartz: RM2,112
#7 Hermes Birkin 30 Cognac Ostrich Phw: RM97,141
#8 Christian Dior J’adior Wallet on Chain Pouch in Black Calfskin: RM5,955
#9 Christian Dior Large Bag in Lambskin: RM15,205
Cemburu tak? Tapi bagi penulis, beg tangan dia yang paling murah dari Marie de la Roche tu paling berkelas dan rare! Penulis suka yang tu ❤️