Sebelum ini pengawal peribadi Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in menarik perhatian netizen gara-gara miliki rupa paras kacak bak aktor filem.
Baca: Pengawal Peribadi Presiden Korea Selatan Curi Tumpuan Kerana Wajah Kacak
Kini, Moon Jae-in juga tidak terkecuali terkena tempias apabila fota ‘rare’ ketika zaman muda menjadi buah mulut netizen selepas tersebar di media sosial.
Rata-rata netizen melopong melihat rupa parasnya yang kacak dan segak ketika di usia 20-an. Dengan fizikal yang tinggi lampai dan badan sasa, Moon Jae-in sememangnya layak bergelar model.
Ini baru betul-betul Namja!
Bahkan penuaan tidak menghalangnya daripada terusan menjaga penampilan!