PAINT THE TOWN PINK!
Bersempena sambutan bulan kesedaran barah payudara sepanjang Oktober ini, Sime Darby LPGA edisi ke-18 akan sekali lagi menyertai badan NGO terkemuka untuk meningktakan tahap kesedaran masyarakat tentang barah atau kanser payudara yang merupakan pembunuh nombor satu kebanyakan wanita.
tahun ini, kejuaraan golf wanita terbesar di Malaysia ini akan berkolaborasi bersama beberapa jenama tempatan untuk bantu menyampaikan kesedaran kepada umum termasuklah Dressing Paula, All Tasty Ideas, Aloha Cycle Club dan banyak lagi disamping mengumpulkan dana sokongan untuk organisasi penyelidikan kanser iaitu Cancer Research Malaysia.
Akan berlangsung sepanjang bulan Oktober ini, ayuh tunjukan semangat merah jambu dengan menyertai pelbagai aktiviti menarik anjuran Sime Darby LPGA Malaysia yang membuka peluang untuk anda semua memenangi sepasang tiket ke kejohanan Golf Wanita Sime Darby LGPA yang berlangsung selama empat hari berturut-turut dari 26 hingga 29 Oktober 2017 di TPC Kuala Lumpur.
Para pelanggan akan membawa pulang dua keping tiket standard Sime Darby LPGA Malaysia ketika membeli-belah di outlet Dressing Paula sekitar Lembah Klang. Beli item berwarna merah jambu atau putih dari Dressing Paula, 20% daripada hasil penjualan akan disumbangkan ke Cancer Research Malaysia.
Peminat golf yang ingin menyumbang juga boleh mendapatkan barangan sukan di Royal Sporting House. Satu peratus hasil jualan daripada produk terpilih di Royal Sporting House akan disalurkan ke pihak yang berkenaan.
Pastikan anda mencuba menu khas merah jambu yang disediakan oleh pelayan berimej merah jambu di restoran & bar popular seperti The Good Batch, Nara, Hyde dan 61 Monarchy. Hidangan hujung minggu dan makan malam anda tentu lebih manis bukan sahaja kerana tawaran menarik yang disediakan tetapi berpeluang untuk membuat sumbangan amal.
Setiap outlet ini komited untuk mendermakan RM1 hasil jualan daripada sebarang item dalam menu merah jambu mereka. Pelanggan yang ingin mendapatkan dua keping tiket standard Sime Darby LPGA Malaysia hanya perlu membelanjakan RM100 di outlet ini.
Di samping itu, Jungle Bird, Shelly Yu dan Ril turut menyertai kempen ini. Bahkan anda juga boleh bersenam sambil menyumbang dengan berbasikal di Aloha Cycle Club pada ‘Pink Session’ mereka. Selepas berbasikal, pengunjung boleh menjamu selera di Rubberduck, restoran di sebelah yang juga di bawah keluarga Aloha. Mereka boleh memberi sumbangan ikhlas kepada Cancer Research Malaysia dan mendapat macaron merah jambu sebagai komplimentari.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.simedarbylpgamalaysia.com] atau lawat laman Facebook rasmi Sime Darby LPGA Malaysia di [www.facebook.com/SimeDarbyLPGAMalaysia]