Nampaknya Kate Middleton semakin aktif dan mula menjalankan aktiviti sebagai Duchess of Cambridge seperti biasa.
BACA: Kate Middleton “Show Off” Baby Bump Buat Kali Pertamanya Depan Khalayak
Semalam. Kate memberi kejutan dengan muncul di Paddington Station di London bersama Putera William dan Putera Harry untuk majlis bersama kanak-kanak di British Pullman, salah sebuah gerabak keretapi Orient Express.
Ternyata Kate bukan sahaja menarik dipandang dengan sarungan gaun paras lutut berwarna pic lembut tapi beliau juga tidak ketinggalan untuk menari bersama si beruang Paddington.
Lihat bagaimana lincahnya Duchess ini melakukan sedikit pusingan dan gerakan tarian, Ewah!
Aksi lincah Kate dilihat oleh Putera William dan Putera Harry, nampaknya mereka berdua juag terhibur dengan keletah Kate dan beruang Paddington.
Tak cukup dengan gambar diatas? Nah, lihat video pendek ini..comel sangat!
Watch: Dancing queen? Kate is taken for a dance by Paddington bear before she waves off a vintage train pic.twitter.com/sfxqwUg089
— Simon Perry (@SPerryPeoplemag) October 16, 2017