Ahhhh..Kaia Gerber! Kini mula menitip dibibir peminat industri fesyen dan model dunia.
Baru sahaja berusia 16 tahun, dia mula debut berjalan dipentas peragaan pada Minggu Fesyen New York.
Dia juga anak perempuan kepada supermodel Cindy Crawford saling tidak tumpah wajah dan bakat yang diwarisi oleh ibunya. Bukan sahaja Kaia, malah abangnya, Presley Gerber juga menjejak langkah dalam dunia modelling.
Apa yang menarik tentang kemunculan Kaia Gerber ialah gaya walk yang dimilikinya. Ramai yang berpendapat walk milik Kaia tidak lagi dapat dilihat dalam diri para model terkini. Walk Kaia lebih gah, yakin bak model pada tahun 90-an. Tak percaya?
Tonton video ini hayunan langkah Kaia Gerber di pertunjukan rumah-rumah fesyen.
https://www.youtube.com/watch?v=7YV_Ip_54Qc
Walaupun baru sahaja mencipta nama dalam industri ini, Kaia nampaknya tak lokek berkongsi tips untuk mendapatkan lagak dia berjalan. Baru-baru ini dalam temu bual bersama Vogue, Kaia tampil dengan beberapa tips mudah untuk berjalan sepertinya.
Jom cuba!
#1 Mulakan dengan regangan badan
#2 Pastikan muka anda sentiasa pandang kehadapan dan tegak
#3 Tetapkan bahu anda sedikit kebelakang supaya tangan anda tidak banyak bergerak
#4 Hayunkan kaki anda dengan langkah yang panjang!
#5 You rocks the stage!
Tips walk dari Kaia Gerber
Ketepilah Gigi dan Kendall!