Iklan-iklan penginapan hotel sering kali muncul dikaca televisyen ada yang menawarkan pencarian harga murah untuk hotel terkemuka dan ada yang beri potongan diskaun berbaloi-baloi. Dari sudut hati penulis melihat semua iklan ini khas untuk mereka yang ingin bercuti tapi mahu menghabiskan masa didalam bilik hotel. Kepada anda yang bercuti berkonsepkan mengembara pasti tidak cukup masa untuk mengurung didalam bilik hotel, jadi buat apa untuk bersusah payah mencari harga diskaun untuk hotel mewah.
Biasalah, hotel mewah sinonimnya selesa. Tapi jangan terkejut ya dengan hotel yang penulis bakal review ini. Ia bukan sahaja unik, berpatutan malah tahap selesanya mengagumkan. Nak tahu? Teruskan membaca ya…
The Bed KLCC merupakan satu pusat penginapan interaktif yang menggunakan konsep kapsul versi mewah. Dahulu penulis pernah menginap sebuah hotel kapsul tapi ianya sangat terbuka dan tidur penulis tidak nyenyak kerana terganggu dek bunyi kapal terbang. Jadi konsep The Bed KLCC buat penulis rasa teruja, ianya bilik kapsul yang terletak dalam bangunan hotel. Bunyi bising? Tak dengar langsung walaupun berada ditengah hiruk-pikuk kota Kuala Lumpur.
Bilik kapsul The Bed KLCC tidak hanya menawarkan solo traveler malah sesuai untuk couple dan keluarga. Jangan risau perkhidmatan The Bed KLCC punya pilihan untuk kapsul lebih privasi dan kapsul didalam bilik.
Ianya seperti anda menyewa sebuah bilik dan hanya perlu berkongsi bilik mandi. Selain itu ia juga mempunyai kemudahan bilik mandi awam yang punya bilik penukaran baju, seterika dan pengering rambut.
Setiap kapsul lengkap dengan meja solek kecil, penyangkut pakaian, suis pengecas, tuala mandi, loker simpanan dan pengandang kapsul.
Demi menjaga kebersihan kapsul yang didiami, diluar setiap bilik kapsul mempunyai loker simpanan untuk kasut. Jadi anda kena tukar kasut anda dengan selipar yang tersedia untuk kebersihan lantai bilik kapsul.
Lounge area hotel dibuka seawal 6 pagi hingga 12 pagi dimana anda boleh melepak dan paling best hotel ini menyediakan kafeteria mini kopi dan teh sepanjang hari!
Serius lah, memang lain sangat dengan hotel kapsul yang penulis stay sebelum ini. Jadi pada anda yang nak merasa lena didalam hotel kapsul memang penulis cadangkan The Bed KLCC! Kepada pembaca yang diluar dari Kuala Lumpur kalau nak datang jalan-jalan kota raya KL boleh menginap disini.
Alamat: The Bed KLCC, G1 Vortex KLCC (bersebelahan 7E), 12 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-27152413
Lokasi: 5 minit berjalan kaki dari stesen monorel Bukit Nanas
Kemudahan: Pengangkutan awam (monorel, LRT dan Bas GoKL) dan pusat pelancongan (Menara KLCC, Menara Kuala Lumpur dan Bukit Bintang)
Kadar Harga: RM69 sehingga RM139 lengkap dengan pakej sarapan pagi, housekeeping dan akses internet.
Jenis Kapsul: Single Pod Side Entry (Female), Single Pod Side Entry (Male), Single Pod Front Entry (Mixed), King Pod/Family Pod, Single Pod Suite dan Queen Pod Suite.
Laman sesawang: www.thebedklcc.com (laman sesawang), bookings@thebedklcc.com (tempahan), @thebedklcc (Instagram).