H&M kali ini komited berkolaborasi bersama jenama fesyen klasik hasil karya pereka dari England iaitu ERDEM.
Dipenuhi karakter penuh gaya yang sensual sempena musim luruh tahun ini, koleksi yang ditampilkan untuk wanita dan lelaki ini mencerminkan hasil kerja halusnya sejak beberapa dekad lalu.
Menampilkan dress bersifat romantis seperti yang dilihat dalam filem-filem hebat terdahulu, rata-rata konsep yang diterapkan dalam setiap helaian ERDEM x H&M adalah diinspirasikan dariapda gaya fenomena tahun 90an sambil berlatarkan kawasan taman indah nan permai ala Inggeris yang boleh dilihat menerusi video pengenalan serta rakaman foto lookbook koleksi musim luruh ini.
Bijak menggabungkan karya moden dengan klasik untuk menghasilkan ciptaan estetik, koleksi ERDEM x H&M boleh mula dibeli di H&M Avenue K dan H&M Lot 10 pada 2 November nanti.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www2.hm.com] atau lawat laman facebook rasmi H&M Malaysia di [www.facebook.com/hmmalaysia]. Koleksi ERDEM x H&M juga boleh dibeli menerusi
Tonton Video Pengenalan Koleksi Erdem x H&M