Tipukan kalau ada yang tak pernah pakai jeans atau denim.
Ianya menjadi sudah menjadi perkara lazim dalam berfesyen. Fabrik denim memang selesa dan boleh dipakai pada bila-bila masa sahaja dan dipelbagai guna rekaan seperti jaket, seluar, skirt, romper dan banyak lagi.
Bila ada banyak pilihan dalam berfesyen jadi makin banyaklah rekaan yang lebih kurang ‘mengarut’. Kadangkala ada rekaan denim yang tidak masuk akal. Sepertinya tiada isitilah fesyen dan pula sesetengah selebriti berani bergaya dengan fesyen tersebut.
Anda tengoklah kerja gila para selebriti sepanjang 2017…dengan trend jeans mereka.
#1 Kylie Jenner – Mungkin cara terbaru untuk corak polka dot? Dah macam gelendangan pun ada..
#2 Victoria Justice – Lihat cara lipatan bawah jeans itu, memang tak kena langsung
#3 Sofia Richie – Jelas sekali jeans Sofia sangatlah oversized
#4 Rihanna – Seriuslah Riri? Memang tak menjadi langsung bila denim digayakan sebagai dress berbelah
#5 Hailey Baldwin – Gaya grunge kemudian ditambah dengan fabrik plaid serba tak kena pilihan model ini
#6 Alessandra Ambrosio – Orang tengah sibuk dengan trend lace-up leather legging tapi supermodel cuba buat kelainan. Tapi hasilnya very bad dan terlalu menjolok mata
#7 Demi Lovato – Off-shoulder jacket ke atau lengan jacket sahaja? Apa-apa sahajalah Demi…
#8 Kendall Jenner – Mesti Kendall keliru dia nak seluar pendek atau panjang. The end she choose this…
#9 Katie Holmes – Yup romper memang beri gaya cute tapi romper milik Katie ini nampak murah dan langsung tidak menarik
#10 Romee Strijd – Poket jeans dihadapan dan lihat zip itu?! Kalau yang salah tengok mesti ingat Romee pakai jeans terbalik
#11 Alessandra Ambrosio – Bila seluar jeans jadi seluar track-suit? Dah macam beg guni pun ada
#12 Rita Ora – Terlalu banyak sangat elemen fesyen yang dimasukkan dalam baju ini. Jauh dilihat, baju Rita sangat semak!
Sekurang-kurangnya mereka berani, anda?