Fesyen

Segak Dan Sempurna, Lee Dong Wook Aktor Paling Bergaya Masa Kini!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Segak Dan Sempurna, Lee Dong Wook Aktor Paling Bergaya Masa Kini!

Jun Ji Hyun, Song Hye Kyo, Gong Hyo Jin, Park Shin Hye – antara aktres yang bukan sahaja hebat berlakon bahkan mereka juga bukan calang-calang dalam bab berfesyen. Setiap minggu fesyen utama seperti London, New York, Paris dan Milan, pasti kelibat mereka turut ada, bahkan mencuri tumpuan lensa jurugambar.

IKLAN

Tetapi aktor lelaki juga tidak kurang hebatnya, antara yang menarik perhatian penulis ialah Lee Dong Wook.

2017 <VOGUE KOREA> 3월호:) #이동욱 #LeeDongWook #李栋旭 #욱스타그램 #보그코리아 #Voguekorea #3월호 @voguekorea

A post shared by 이동욱 (Official_Instagram) (@leedongwook_official) on

Di usia 35 tahun dan masih bujang, ‘saham’ aktor prolifik Korea Selatan, Lee Dong Wook semakin melonjak. Mula dikenali selepas membintangi drama siri My Girl (2005), Scent of The Women (2011) dan Hotel King (2014). Selepas fenomena drama Goblin, para peminat drama Korea mula memberi perhatian yang lebih serius kepadanya.

Bukan itu sahaja, melalui wataknya sebagai Grim Reaper dalam Goblin, Dong Wook sering tampil dengan sut hitam yang turut menarik perhatian ramai label fesyen sehinggakan dia mendapat pelbagai tajaan jenama fesyen mewah.

Buktinya, awal Oktober lalu, Dong Wook telah terbang ke Kota Cinta, Paris untuk menghadiri pertunjukan fesyen Givenchy Spring/Summer 2018.

Walaupun hanya mengenakan persalinan yang simple serba coklat tetapi auranya memberi impak bahkan mencuri tumpuan lensa disertai sorakan para peminat yang datang semata-mata mahu melihatnya dari dekat.

Melalui laman instagramnya, Lee Dong Wook dilihat sering memuat naik foto OOTD yang sangat stailo dan artistik, mengenakan pelbagai fesyen.

paris #지방시 #GIVENCHY #이동욱 #LeeDongWook #李栋旭 #욱스타그램

A post shared by 이동욱 (Official_Instagram) (@leedongwook_official) on

굿바이 이혁.. #도깨비 #저승사자 #저승이 #왕여 #이혁 #이동욱 #LeeDongWook #李栋旭 #욱스타그램

A post shared by 이동욱 (Official_Instagram) (@leedongwook_official) on

Drama My Girl merupakan drama pertama buat penulis ‘jatuh cinta’ dengan Lee Dong Wook. Anda pula?

Foto – Tumblr