Jika anda merupakan antara pengikut BigBang Top di laman sosial Instagram, pasti anda rindukan koleksi fotonya yang pelik dan ‘tidak masuk dek akal’. Top ‘hilang’ dari dunia Instagram sejak memulakan khidmat ketenteraan dan terlibat dalam skandal ganja.
Post terakhirnya adalah pada 30 April 2017 – foto screenshot dari artikel Billboard yang memaparkan kejayaan BigBang dan selepas dari itu, beliau terusan menyepi tanpa khabar berita.
https://www.instagram.com/p/BTfioUggAvh/?taken-by=choi_seung_hyun_tttop
Walaubagaimanapun, pada 12 Oktober 2017, Top membuat comeback dengan memuat gambar tetapi segera memadamnya agar mengelakkan daripada berlakunya kontroversi. Seperti biasa, beberapa peminat tangkas screenshot aktiviti yang dilakukan si kacak ini.
Foto yang dimuat naiknya adalah peti ais yang mengandungi banyak makanan sejuk beku seperti “Crispy Sandwich – Green Tea” dan sebagainya.
Sehingga kini menjadi tanda tanya dan penjelasan peminat mengenai mengapa Top memuat naik foto tersebut dan memadamkannya.
Mungkin ini cara Top untuk menenangkan jiwa mengharungi skandal yang menyesakkan benak fikirannya.
It’s okay Top, take your time!