Bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia, kanser payudara merupakan satu topikyang tidak dibincangkan secara terbuka. Di Malaysia, kira-kira satu daripada lima wanita menghidapi kanser payudara, dan ia merupakan kanser yang paling tinggi dihidapi dari tahun 2007 – 2011.
Namun begitu, di dalam kalangan masyarakat kini perubahan positif semakin meningkat. Sejak pengenalan bulan Oktober sebagai Bulan Kesedaran Kanser Payudara, topik kanser ini bukan lagi suatu topik yang dielakkan daripada perbincangan.
Tahun ini, Betadine® Feminine Wash menyokong Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk #breakthesilence dan membantu lebih ramai wanita Malaysia meningkatkan kesedaran pencegahan kanser. Antara cara untuk mencegah adalah melalui penjagaan kesihatan anda kerana pencegahan awal akan menyelamatkan nyawa.
Dicipta secara eksklusif untuk keperluan kebersihan wanita, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam menggabungkan warisan Betadine® dengan manfaat prebiotik bagi memberikan perlindungan harian dan mengekalkan keseimbangan pH intim flora anda.
Anda juga boleh menyertai Betadine® Feminine Care dalam usahanya untuk menyumbangkan dana bagi MAKNA, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kanser payudara Oktober ini! Sepanjang bulan Oktober ini, setiap pembelian dua (2) botol Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dari Watsons, RM1 akan disumbangkan kepada MAKNA.
Setiap dua (2) botol Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dijual pada harga RM29.90. Eksklusif di Watsons.