Acara

18 Finalis Berentap Untuk Dinobat Sebagai Miss Universe Malaysia 2018

Afiqah Syamin
/

Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️

18 Finalis Berentap Untuk Dinobat Sebagai Miss Universe Malaysia 2018

Miss Universe Malaysia Organization semalam mengumumkan 18 orang finalis, disunting daripada beberapa siri uji bakat yang berlangsung di seluruh Malaysia untuk pencarian bakat dan nama baru bagi mewakili tanah air ke pertandingan antarabangsa kelak.

Daripada 50 orang terpilih, hanya 18 yang berjaya mara ke pusingan akhir termasuklah sembilan berasal dari Kuala Lumpur, empat dari Selangor, dua dari Sarawak dan seorang masing-masing dari Perak, Sabah dan Pulau Pinang yang berumur antara 20 hingga 25 tahun.

Kesemua finalis akan menjalani satu kem boot selama 12 hari untuk menguji ketahanan diri dan mental di samping mempelajari aneka ilmu baharu sebelum benar-benar layak menjadi juara yang akan mewakili Malaysia. 

Perjalanan mereka turut akan dirakam dan disiarkan menerusi 20 episod siri web yang boleh ditonton menerusi [hurr.tv] bermula Disember ini. Penonton juga boleh mengikuti perkembangan finalis di Astro DIVA, 702 dan DIVA HD, 723.

Juara yang dnobatkan Miss Universe Malaysia bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 serta hadiah tajaan bernilai sehingga RM150,000 berserta tajaan penuh pendidikan di HELP University.

Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.missuniversemalaysia.com.my] atau lawat laman Facebook rasmi Miss Universe Malaysia di [www.facebook.com/MissUniverseMalaysia]

Komen Anda