Terpancar kegembiraan wajah Angelina Jolie yang ditampilkan dalam isu ulang tahun ke-150 majalah Harper’s Bazaar, baru-baru ini.
Aktres yang berusia 42 tahun itu dilihat beraksi ‘maut’ di sebuah kawasan padang pasir sambil menggayakan sepasang dress putih dengan potongan belakang yang seksi jenama Ralph Lauren.
Lebih meriah apabila Angelina disertai tiga ekor Cheetah yang seraya menjadikan foto kulit majalah Harper’s Bazaar itu lebih bernilai dan kelihatan epik.
Lokasi penggambaran tersebut mengambil tempat di Wildlife Sanctuary, Namibia, Afrika yang sebenarnya diusahakan dan dijaga oleh teman rapat Angelina sendiri iaitu Marlice dan Rudie van Vuuren menerusi sebuah yayasan yang dipanggil N/a’an ku sê Foundation.
Untuk isu terbitan November ini, Angelina berkongsi banyak tentang kolaborasinya bersama Marlice dan Rudie van Vuuren bagi memulihara kawasan tersebut. Jelasnya, “Namibia adalah lambang keutuhan ikatan kekeluargaan dan persahabatan dan dalam masa yang sama adalah inisiatif yang diketengahkan untuk menyeimbangkan hak kemanusiaan serta alam semula jadi sebagai persediaan untuk generasi akan datang”.
N/a’an ku sê Foundation yang diusahakannya itu dijalankan atas kerjasama bersama orang tempatan Namibia San sendiri. Mereka mewakili budaya kaum etnik serta habitat hidupan liar yang sudah ada di situ sejak beribu tahun dahulu kerana itulah mata pencarian mereka untuk terus hidup sebagai sebuah komuniti.
Tonton Di Sebalik Tabir Penggambaran Angelina Jolie Untuk Isu Ulang Tahun Ke-150 Harper’s Bazaar