Cinta & Perhubungan

8 Tanda Anda Obses Dan Taksub Dengan Penampilan Diri. Siapa Tu?

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic, sneakers addict
8 Tanda Anda Obses Dan Taksub Dengan Penampilan Diri. Siapa Tu?

Seorang manusia akan melalui zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa. Badan lelaki dan wanita  akan berubah secara drastik pada setiap peringkat.

Kadang-kadang wanita selalu melihat diri mereka dan inginkan dalam bentuk dan saiz tertentu dan agak sukar menerima jika bentuk badan mereka berubah. Ada juga sesetengah wanita yang taksub dengan diri mereka sehingga ianya boleh menjejaskan personaliti secara keseluruhan dan kehidupan.

Foto – Tumblr

Berikut adalah beberapa tanda-tanda yang boleh membantu anda untuk mengetahui jika anda taksub dengan penampilan atau tidak?

1. Jika anda sedang memikirkan mengenai prosedur pembedahan yang dilakukan untuk memperbaiki wajah dan tubuh badan.

Semua orang tahu bahawa pembedahan plastik atau satu prosedur pembedahan yang berkaitan agak menyakitkan dan mahal. Jika anda tidak kisah dan masih mahu untuk berbelanja besar untuk mendapatkan prosedur pembedahan untuk kelihatan lebih cantik maka anda mungkin taksub dengan penampilan anda. Tetapi dalam beberapa kes, ia tidak mengapa membelanjakan wang ke atas prosedur pembedahan akibat kemalangan.

2. Jika anda mahu kelihatan muda seperti remaja. 

Foto – Soompi

Setiap wanita mahu kelihatan seperti seorang remaja, muda belia secara keseluruhan tetapi ada yang sehinggakan mengambil perkara ini terlalu serius. Sebagai contoh, anda mahu kelihatan seperti gadis 21 tahun tetapi telah mempunyai 8 cucu, itu adalah tidak realistik.

Baca: Mahu Kekal Muda, Wanita Sanggup Suntik Bakteria Berusia 3.5 Juta Tahun

3. Jika anda memeriksa cermin setiap masa. 

Cermin adalah kawan baik anda! Tetapi kalau setiap masa pun nak tengok cermin, ini dah bertukar menjadi suatu obsesi. jika anda menghabiskan lebih banyak masa di hadapan cermin daripada masa yang digunakan dalam apa-apa aktiviti lain maka anda mungkin taksub dengan penampilan anda. Penetapan gaya rambut, solekan di wajah dan pakaian di hadapan cermin sentiasa adalah satu obsesi.

4. Jika anda hanya memikirkan tentang penampilan anda di depan rakan-rakan, keluarga dan kekasih.

Wanita yang obses terhadap penampilan dirinya hanya berfikir tentang rambut mereka, pakaian dan penampilan keseluruhan tidak kira siapa yang berada di sekeliling mereka

5. Jika anda diet dan bersenam terlalu banyak.

Foto – Huffington Post

Tiada apa yang salah dalam bersenam secara tetap dan rejim diet yang sihat. Walaubagaimanapun, jika anda bersenam dan tidak makan dengan betul ataupun langsung tidak makan maka anda taksub dengan penampilan anda. Ini hanya akan memberi kehidupan yang tidak sihat.

6. Jika anda membuat komen negatif tentang badan anda sendiri kepada orang lain.

Ini adalah salah satu tanda besar yang menunjukkan obsesi seseorang terhadap penampilan dirinya. Seseorang yang taksub mendapati ia sukar untuk menerima pujian pada penampilannya bahkan sanggup mengkritik penampilan di depan orang sekeliling.

7. Jika anda timbang berat badan anda setiap hari.

Wanita yang obses terhadap penampilan diri mereka biasanya tidak mempunyai rejim diet yang tetap ataupun pergi bersenam. Tetapi mereka masih memeriksa berat badan setiap hari.

8. Jika mahu kelihatan amat kurus.

Foto – Uproxx

Sesetengah wanita mahu kekal kurus tidak kira apa sebab pun. Mereka juga boleh tidak makan dan berlapar agar mereka kelihatan sekurus mungkin.

Sebenarnya memang perlu untuk mengambil berat akan penampilan diri sendiri, tetapi biarlah berpada-pada. Jangan seksa diri anda untuk kelihatan cantik dan bersyukur dengan apa yang Tuhan dah beri pada anda.

Komen Anda