Tips

6 Bahan Untuk Kurangkan Mata Sembap Tanpa Kos Yang Tinggi. Mudah Saja!

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic, sneakers addict
6 Bahan Untuk Kurangkan Mata Sembap Tanpa Kos Yang Tinggi. Mudah Saja!

Bayangkan seharian di pejabat menghadap komputer, dalam kereta sambung menghadap telefon, nak tidur masih lagi asyik menatap telefon main Facebook, Instagram, ini sekaligus menyebabkan mata kelihatan letih dan tidak bermaya.

Bahkan lingkaran gelap bawah mata juga akan mula kelihatan akibat kurang tidur dan sebagainya. Mata akan mula menunjukkan masalah dengan keradangan dan kemerahan pada mata putih. Ini juga boleh menyebabkan mata berisiko untuk sakit dan bermasalah dengan lebih teruk.

Nak buat macam mana?

Wanista ada beberapa tips untuk mengurangkan masalah mata sembap dan lingkaran gelap bawah mata menggunakan bahan semula jadi dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

Sudu

Foto -SleepSugar

Sejukkan sudu dalam peti sejuk semalaman. Letak sudu tersebut pada mata yang sembap pada bahagian bawah mata.

Susu

Foto – Pinterest

Rendam kapas dalam susu dan letak di bawah mata anda untuk beberapa minit. Kandungan asid laktik dalam susu tersebut membantu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.

Lemon

Foto – Consumer Health Digest

Letak hirisan lemon pada bahagian mata dan biarkan selama 20 minit (hati-hati jangan sampai jus lemon termasuk dalam mata)

Timun + lemon

Foto – Yasmina

Rendam hirisan timun dalam jus lemon 3-5 minit. Letakkan hirisan timun yang sudah direndam lemon di atas mata selama 10-15 minit.

Uncang teh

Foto – Coconut and Quinoa

Uncang teh yang telah digunakan masih ada fungsi yang lain. Sejukkan uncang teh di dalam peti sejuk dan letakkan di bahagian mata selama beberapa minit.

Ubi kentang

Foto – remediesandherbs.com

Potong ubi kentang dalam potongan kecil berbentuk separuh dan letakkan di bawah mata selama 20 minit.

Mudah sahaja! Yang penting anda tidak perlu berbelanja tinggi.

Komen Anda