Fesyen

Butik Utama Dressing Paula Kini Di Pavilion Kuala Lumpur

Izzah Azizah
/

haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.

Butik Utama Dressing Paula Kini Di Pavilion Kuala Lumpur

Dressing Paula, label fesyen tempatan telah menambat tempat gaya wanita Malaysia sejak tahun 2010 lagi. Kini ia melancarkan butik utama pertama di Pavilion Kuala Lumpur pada 4 Oktober lalu. Ia memaparkan rekaan dalaman yang sofistikated dan moden untuk mempertingkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan dan memberi kepuasan gaya kepada wanita kota masa kini.

Selain itu, Dressing Paula juga membuka lagi 14 butik di seluruh negara. Dipacu oleh semangat untuk menghasilkan gaya anggun dan pakaian berpotongan mencipta kelainan bagi wanita yang mencari penampilan kontemporari tetapi masih praktikal pada harga yang mampu milik. 

Foto – arkib Wanista.com

Koleksi terbaharu Dressing Paula menampilkan rekaan moden, fabrik halus dan warna-warna berani – kesemuanya berpadanan dengan potongan klasik. Pilihan kolkesi ini dipilih merangkumi rekaan bergaya chic dan siluet sesuai digayakan dari siang ke malam.

Foto – arkib Wanista.com

Harga bagi koleksi Dressing Paula bermual dari RM89.90. Untuk melihat koleksi terbaru Dressing Paula, layari www.dressingpaula.com atau Instagram www.instagram.com/dressingpaula dan Facebook www.facebook.com/dressingpaula

Lokasi Dressing Paula Pavilion KL di Lot05-14, Aras 5 dan dibuka pada 10 pagi – 10 malam

Komen Anda