Ingatkan wanita sahaja yang memakai kasut tumit tinggi tetapi lain pula yang berlaku di negara Korea Selatan.
Hal ini dilaporkan, kasut tumit tinggi untuk lelaki semakin banyak dijual di Korea Selatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Sesuatu yang anda tidak sangka dipakai oleh kaum lelaki di sana.
Laporan menunjukkan 43,000 pasang tumit dijual tahun lalu, yang melonjak dari 36,000 pasang yang dibeli pada tahun 2014.
Tidak seperti wanita, kasut tumit tinggi lelaki direka bentuk untuk meningkatkan ketinggian mereka (insoles), dari jauh ianya kelihatan seperti kasut kulit biasa. Sebagai contoh, tumit luaran 4 cm tetapi sebenarnya di dalam ditambahnya 2 cm.
Semenatara lelaki Korea Selatan ke arah tumit tinggi, wanita di sana pula lebih selesa dengan kasut tumit rendah. Seorang pemilik kedai memberitahu media Korea Selatan bahawa wanita kini lebih suka tumit dengan ketinggian 4-5 cm manakala lelaki pula sekitar 5-6 cm.