Ingat lagi tak baju biru Melania Trump semasa Hari Perasmian mengangkat sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat?
Baju biru kot dari rekaan Ralph Lauren itu banyak mendapat kritikan dari rakyat Amerika. Ada sesetengah darinya menyamakan baju itu dengan pakaian Jacqueline Kennedy, isteri kepada Presiden Amerika John F. Kennedy. Namun baju itu juga punya kelas tersendiri dan Melania bijak mengayakannya dengan menonjolkan sisi politikal dan anggun dalam pada masa yang sama.
Seperti biasa, bulan Hallowen ini terdapat pelbagai jenis kostum menakutkan dan juga seksi yang dijual dan yang paling menarik baju ikonik Melania turut dijadikan sebagai kostum Hallowen. Malangnya cara penggayaan baju tersebut sangat berbeza dari baju asal.
Lihat sahaja kostum ini, seksi dan tidak senonoh pun ada. Apa lah nasib Wanita Pertama Amerika Syarikat ini, baju cantik rekaan dimain-mainkan pula.