Kesihatan

Bulat, Petak, Bentuk Hati Atau Segi Tiga? Ketahui Bentuk Pinggul Paling Sihat

Afiqah Syamin
/

Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️

Bulat, Petak, Bentuk Hati Atau Segi Tiga? Ketahui Bentuk Pinggul Paling Sihat

Bentuk pinggul sering menjadi perhatian bagi kebanyakan orang terutamanya wanita. Hal ini berikutan mengikut pandangan norma masyarakat hari ini, memiliki pinggul yang besar dianggap satu bonus yang mampu memancarkan aura seksi seperti yang dimiliki Kim Kadarshian mahupun Jennifer Lopez.

Umumnya, lemak yang terkumpul dalam tubuh adalah tidak sihat tetapi apakah lemak yang terkumpul dalam pinggul memberi efek negatif kepada fungsi tubuh seseorang? 

Jennifer Lopez. Sumber:heightandweights.com

Jelas pakar, lemak yang terkumpul dalam pinggul sama sekali tidak berbahaya seperti lemak yang terkumpul dalam bahagian tubuh yang lain.

Kajian membuktikan lebih banyak lemak ada pada punggung, lebih sihat tubuh seseorang kerana lemak di bahagian tersebut akan bantu melindungi tubuh dari asid lemak (fatty acid) menyerang bahagian jantung, saluran darah serta hati. Dalam keadaan lain lemak yang ada pada pinggul juga mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes.

Ini Wanista kongsikan empat jenis bentuk pinggul dan apa kaitannya dengan kesihatan anda.

#1 Pinggul Bentuk Hati

Ramai wanita mahupun bentuk pinggul yang ini kerana potongannya lebih menawan. Namun apabila semakin berumur pinggul bentuk hati inilah yang paling cepat leper kerana lemak akan beralih keahagian tengah. Oleh itu, ia tdak menjanjikan kesihatan tubuh yang ideal buat si pemiliknya.

Sumber: Veronica Collignon

#2 Pinggul Bentuk Petak

Pinggul bentuk petak bermaksud seseorang itu akan membuatkan si pemiliknya mengalami masalah lemak berlebihan di sekitar pinggang (pinggang berbuku). Lakukan rutin senaman mudah untuk menghapuskan lemak di bahagian tersebut agar otot-otot di sekitar pinggul kembali/kekal tegang dan kuat.

Sumber: Veronica Collignon

#3 Pinggul Bentuk Bulat

Ini adalah bentuk pinggul paling ideal! Biasanya lemak akan berkumpul di atas bahagian pinggul dan sebenarnya adalah lebih mudah untuk mengekalkan bentuk punggung jenis ini dengan hanya memanfaatkan senaman.

Sumber: Veronica Collignon

#4 Pinggul Bentuk V

Biasanya, pinggul bentuk ini ada pada wanita-wanita yang lebih tua. Keadaan itu terjadi kerana kadar hormon oestrogen sudah menurun selepas menopause -membuatkan lemak yang selama ini terkumpul di kawasan pinggul beralih ke tempat lain (penampilan pinggul jadi leper). 

Pakar menasihatkan supaya senaman dilakukan agar lemak di bahagian tubuh lain tadi dapat dihapuskan.

Sumber: Veronica Collignon

RUJUKAN 12

Komen Anda