Jantung dan strok merupakan salah satu penyakit yang paling ditakuti dan paling banyak menyerang. Jantung dan strok bahkan dikatakan sebagai salah satu penyakit paling membunuh di dunia.
Meski begitu, anda tidak perlu bimbang kerana risiko jantung dan strok boleh dicegah dengan baik dengan pengambilan buah-buahan segar secara rutin setiap hari.
Kajian yang dilakukan di University of Oxford, pengambilan 1 biji epal atau buah oren boleh menurunkan risiko serangan jantung dan strok. Kajian menunjukkan pengambilan 1 biji epal atau oren dengan berat rata-rata 100 gram boleh mencegah risiko jantung dan strok 30% lebih besar daripada mereka yang tidak mengambil buah epal.
Sementara itu, kajian lain yang dilakukan dari satu juta penduduk di China tahun lalu mendapati bahawa mereka yang mengamalkan rutin pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar setiap hari mempunyai risiko serangan jantung dan strok lebih rendah berbanding mereka yang tidak mengambilnya.
Dr Huadong Du dari University of Oxford mengatakan, “Mereka yang mengambil buah-buahan segar secara rutin setiap harinya memiliki tubuh yang sihat. Mereka juga berisiko serangan jantung dan strok lebih rendah. Sementara mereka yang jarang mengambil buah-buahan, ia mempunyai risiko serangan jantung dan strok lebih tinggi.”
Menurutnya lagi meski hanya mengambil 1 biji epal setiap hari, ini boleh membuatkan tubuh lebih sihat, lebih terjaga dan jantung semakin sihat. Kajian juga mendapati bahawa orang yang tinggal di bandar dan sibuk lebih terdedah diserang risiko jantung dan strok jika dibandingkan dengan mereka yang tinggal di luar bandar dengan udara yang masih segar.
Buah epal dan oren dipercayai sebagai buah yang mengandungi kalium, vitamin, antioksidan dan pelbagai sebatian penting buah tubuh. Kandungan epal dan oren tidak hanya boleh mencegah risiko jantung dan strok, ianya juga mampu menurunkan tekanan darah, baik untuk kecerdasan otak serta banyak lagi.
Jadi, lepas ni sama-sama kita amalkan makan buah-buahan.