Masih ingat lagi tunggak utama filem “Confessions of A Shopaholic” si jelita Isla Fisher yang memegang watak sebagai Rebecca Bloomwood ini?
Selain senyumannya yang manis, kecantikannya rupa parasnya mampu sahaja buat orang jatuh hati untuk mengenali jiwanya lebih jauh. Biarpun jarang bermekap tebal kala mengahadiri acara-acara keramaian, aktres popular Hollywood ini boleh dianggap sebagai seorang wanita 41 tahun yang masih menawan dan menarik dari segi personaliti.
Dalam satu temu bual eksklusif, Isla pernah berkongsi satu tips istimewa yang diamalkannya sebagai rutin solekan harian iaitu cara unik bagaimana mahu melentikan bulu mata menggunakan pengering rambut!
Isla mengaku bahawa dia akan memanaskan alat pelentik bulu mata (eyelash curler) menggunakan haba dan angin panas yang dihasilkan pengering rambut selama beberapa ketika sebelum pengepit bulu mata.
Fungsinya sama dengan penggulung rambut elektronik yang memanfaatkan kepanasan untuk menghasilkan gulungan rambut cantik. Jika rambut boleh digulung, tak mustahil bulu mata juga boleh dilentikkan dengan suhu panas betul tak?
Sejak dari itu, ramai mula mengikut cara Isla Fisher melentikkan bulu mata, dengan hanya memanfaatkan pengering rambut serta pelentik bulu mata. Hasilnya? Memang menjadi!
Beauty Guru “Nikkie Tutorials” Pun Obses Dengan Cara Ni… Lihat Tutorialnya!
Tak perlu ke salon untuk buat rawatan eyelash lift pun, jom ikut cara Isla Fisher!
Hati-hati dan pastikan supaya pelentik bulu mata anda sejuk sedikit sebelum lekapkannya pada mata.
Selamat mencuba! ❤️