“Tebalnya rambut dia, cemburu sangat”, “Kenapa rambut aku nipis sangat ni”, “Macam mana nak buat rambut nampak tebal, agak volume sikit”, anda pasti pernah alami perasaan sebegini, rasa tak puas hati dengan keadaan rambut yang nipis. Pelbagai produk sudah digunakan tetapi masih tak jalan-jalan juga.
Jangan bimbang sebab mungkin anda boleh dapatkan rambut volume dengan beberapa trik di bawah ini. Dengan sedikit kesabaran dan usaha, anda juga boleh tampil dengan rambut mengembang indah bak model iklan produk rambut ataupun macam Rosalinda.
#1 Roll Rambut
Cipta kesan rambut volume dengan roller merupakan penyelesaian yang paling mudah digunakan. Pilihlah roller dengan diameter lebar untuk menghasilkan ikal yang besar.
Menurut penggaya rambut Stephanie Harris, “Semakin besar kerinting, semakin kelihatan mengembang pada rambut.”
Selain itu, diperlukan sedikit hair spray untuk menjaga bentuknya. Jika anda tak punya banyak masa, anda juga boleh menggunakan hot roller untuk mendapatkan rambut kerinting dalam masa yang singkat.
#2 Ponytail (Ekor Kuda)
Mengikat rambut dengan gaya ekor kuda atau ponytail merupakan cara mudah untuk memberikan kesan mengembang pada rambut. Anda boleh mencubanya dengan mengikat ponytail yang tidak terlalu ketat. Biarkan selama setengah jam ataupun satu jam. Setelah itu urai kembali rambut. Rambut bahagian atas akan kelihatan lebih volume.
#3 Dry Shampoo
Dry shampoo sesuai untuk mengatasi lebihan minyak di rambut dan kulit kepala. Hal ini minyak berlebihan hanya akan menjadikan rambut kelihatan lepek dan nipis. Anda spray pada akar rambut, setelah itu ratakan hingga ke hujung rambut. Kemudian blow dry seperti biasa.
#4 Belahan Rambut
Satu lagi cara yang boleh anda lakukan adalah dengan belahan rambut. Pindah arah belahan rambut, seelokkan ketika rambut kering. Cara ini boleh membuatkan rambut kelihatan lebih mengembang.
#5 Blow Dry
Lakukan blow dry dengan cara yang berbeza daripada biasa. Tundukkan kepala hingga seluruh rambut yang masih basah jatuh ke depan. Keringkan dengan hair dryer. Tak perlu disikat. Rambut anda akan kelihatan mengembang semula jadi.
Jom cantik sama-sama!