Info Menarik, Kecantikan

Kecoh! Produk Cetaphill Ada 3 Jenis Paraben Bahaya?

Izzah Azizah
/
haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.
Kecoh! Produk Cetaphill Ada 3 Jenis Paraben Bahaya?

Baru-baru ini kembali kecoh di laman Facebook penulis apabila ramai rakan-rakan Facebook berkongsi tentang kesan bahaya menggunakan produk Cetaphill. Pelik, bukankah produk Cetaphill sering kali dicanang sebagai produk mampu milik dan berkesan untuk merawat masalah jerawat? 

Tapi lain pula yang terjadi bila ada sebuah portal Bahasa Inggeris mendedahkan Cetaphill mengandungi 3 bahan bahaya paraben dalam formulanya. Sebelum anda buat andaian sendiri, apa kata kita kenali dahulu apa itu paraben dan kegunaannya? 

Paraben

Ianya komponen kimia yang digunakan dalam kebanyakan produk kosmetik. Fungsi paraben ialah bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-kulat iaitu untuk melindungi produk dan pelanggan. Jenis paraben yang biasa digunakan dalam kosmetik ialah methylparabenpropylparabenbutylparaben dan ethylparaben

Selain kosmetik, paraben juga digunakan untuk mengawet makanan dan produk kesihatan. 

Foto – Google

Bahaya Paraben?

Paraben boleh memasuki tubuh badan melalui krim kecantikan, produk mekap, ubat-ubatan, makanan dan minuman. Ada kajian melaporkan paraben boleh mengaktifkan hormon estrogen dan sekaligus menyebabkan kanser payudara. Ini kerana terdapat paraben yang ditemui dalam sel kanser payudara. namun kajian tersebut menggunakan dos paraben yang tinggi dan sehingga kini tiada lagi maklumat sahih tentang kaitan paraben dan kanser.

Kuantiti paraben yang rendah dalam suatu produk tidak akan membahayakan pada sesiapapun. Apa yang perlu anda faham ialah jumlah dos paraben itu sendiri dalam sesuatu produk, jika tinggi kandungannya boleh mendatangkan risiko pada kesihatan. 

Foto – Shann Christen | BioMethod

Jadi benarkah Cetaphill bahaya? 

Bagi produk pembersih Cetaphill Gentle Skin Cleanser for All Skin Types yang mengandungi 3 jenis paraben iaitu methylparaben, propylparaben dan butylparaben sebagai bahan pengawet produk tahan lama dan tidak akan membahayakan pengguna. 

Foto – www.today.com

Jangan risau dos paraben yang rendah dalam produk kosmetik dan kecantikan (25%-1%) tidak akan beri risiko pada pengguna. Dos paraben yang tinggi atau terlalu kerap digunakan boleh beri reaksi pada kulit seperti. Apa yang perlu dijelaskan disini ialah masih ada sesetengah individu mengalami reaksi alergik kulit terhadap paraben walaupun dos paraben yang rendah.

Kesimpulan

Terpulang pada anda sendiri, jika anda terasa ragu-ragu dengan produk campuran formula paraben, anda boleh bertukar kepada produk yang bebas paraben. Produk bebas paraben kini telah banyak diperkenalkan. Jadi pilihan ditangan anda sendiri. 

Foto – labmuffin.com

Cerita paraben bahaya dalam produk Cetaphill telah tular sejak 2010, 2011 lagi. Tidak ramai orang Malaysia ketika itu terdedah dengan kisah ini kerana nama Cetaphill belum lagi dikenali. 

Biasalah orang kita, sebut kanser sahaja dah kecoh dan takut.. Selidik dahulu dan paling penting bukan sebab satu elemen sahaja boleh buat maut, banyak lagi! 

SUMBER 1 & 2

***Artikel untuk pemahaman yang lebih mudah, untuk mengetahui lebih dalam anda boleh membaca di Future Derm

 

Komen Anda