Kalau ke Korea Selatan, pelik kalau tidak ke Pulau Jeju.
Dikenali juga sebagai “Island of the Gods”, Pulau Jeju merupakan destinasi percutian popular bagi pelancong. Untuk makluman anda semua, tidak lama lagi, anda boleh terbang terus dari Kuala Lumpur ke Pulau Jeju menerusi AirAsia X.
Ia akan menjadi penerbangan terus dari KLIA 2 ke Pulau Jeju empat kali seminggu. Untuk tambang penerbangan, dijangka harganya sama dengan penerbangan KLIA 2 ke Busan. Yang pasti ianya akan membawa lebih ramai pelancong ke Pulau Jeju dari Malaysia dan sebaliknya.
Update
AirAsia X akan terbang empat kali seminggu ke Jeju mulai 12 Disember 2017 dengan tambang promosi termasuk semua RM199 sehala.
Untuk makluman lanjut mengenai promosi terkini, boleh semak Facebook AirAsia.
Sekarang, semua orang boleh terbang ke Pulau Jeju.