Never say never! Nampaknya Selena Gomez memutuskan untuk memaafkan bekas ‘cinta pandang pertamanya’ selepas Justin Bieber sendiri menelefon ibu Selena untuk mengetahui khabar terkini berkenaan bekas teman wanitanya berhubung pembedahan pemindahan buah pinggang yang dihadapi Selena beberapa bulan lalu.
Sumber mendedahkan secara eksklusif bahawa Selena, 25, dan Justin, 23, telah pun berbaik semula!
Justin Bieber dan Selena Gomez mula berkenalan pada 2009 sebelum mengaku bercinta pada 2011 dan berpisah setahun kemudian…
Biarpun begitu, The Weeknd tenang dan tidak tergugat dengan perkhabaran tersebut kerana percaya bahawa teman wanitanya itu tidak mungkin melampaui batas biarpun sudah rapat semula dengan Justin.
Kata Selena, “Saya percaya bahawa saya dan Justin sudah sama-sama matang sekarang dan kami memutuskan untuk menjadi sahabat semula”.
Pada tahun 2015, mereka pernah keluar bersama namun cubaan untuk berbaik semula itu tidak pernah menjadi seperti yang diharapkan…
Dalam masa yang sama, mereka juga sempat bermaafan antara satu sama lain kerana pernah bertindak melulu dan bersifat keanak-anakan suatu ketika dahulu.
Selepas berpisah dengan Justin, Selena banyak berdepan dengan masalah sehingga pernah menghabiskan 90 hari tinggal dalam pusat pemulihan dek tertekan dan menghidap gangguan mental. Selena memberitahu InStyle bahawa, “Saya mengasingkan diri saya daripada semua orang selama 90 hari dan itu adalah perkara terbaik yang pernah saya lakukan.
Tonton Persembahan Lagu “The Heart Wants What It Wants” Yang Selena Tujukan Khas Buat Bekas Teman Lelakinya, Justin Bieber
“Tiada telefon pintar, tiada apa-apa dan pada mulanya saya berasa takut tetapi itu adalah pengalaman paling berharga dalam hidup saya yang banyak membantu agar akhirnya saya dapat jalani kehidupan baru lebih bermakna.
Bagi Justin pula, baru-baru ini beliau nekad membantalkan konsert jelajah dunia demi kebaikan dirinya sendiri. “Saya mahu mengambil masa ini untuk perbetulkan diri saya… supaya saya boleh menjadi seorang lelaki dewasa, menjadi seorang suami yang baik suatu hari nanti dan menjadi seorang ayah yang baik,” jelasnya.
Sebelum ini Selena pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mungkin memaafkan perbuatan Justin terhadapnya.
Apa-apa pun, kita tunggu kesahihannya. Apakah mungkin mereka akan bercinta semula?! Siapa tahu kan…