Namanya sering menjadi sebutan sebagai contoh wanita berjaya dalam Malaysia. Allahyarham dikagumi oleh semua lapisan masyarakat dan menjadi idola kepada kaum wanita terutamanya.
Datuk Dr Maznah Hamid, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira pukul 6.10 petang semalam selepad berada dalam kritikal selama lima hari.
Beliau juga dikenali sebagai Iron Lady, menghembus nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dilaporkan mengalami komplikasi injap di bahagian jantung yang mengeras akibat kalsium yang berlebihan.
Sumber dari Berita Harian, solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar di Masjid Darul Ehsan petang ini dan kemudian jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, Taman Selasih , Kuala Lumpur
Dr Maznah ketika hayatnya gigih membuktikan peranan seorang wanita dalam dunia perniagaan dengan berusaha memajukan Securiforce yang tidak dikenali langsung 30 tahun dahulu supaya menjadi sebuah syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia dan berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpamanya.
Lebih membanggakan, Allahyarham membangukan perniagaan tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank. Kejayaan ini, amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat.
Al-Fatihah.