Hiburan

Kanak-Kanak ‘Jelita’ Ini Akan Jadi Bintang Popular Korea Suatu Hari Nanti!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kanak-Kanak ‘Jelita’ Ini Akan Jadi Bintang Popular Korea Suatu Hari Nanti!

Dunia hiburan Korea sering dibanjiri dengan selebriti yang bukan hanya bersandarkan bakat semata-mata bahkan rupa-paras yang sempurna juga. Apatah lagi pelakon kanak-kanak, mereka sememangnya boleh dianggap profesional biarpun umurnya baru setahun jangung.

IKLAN

Dalam ramai-ramai pelakon cilik Korea, ada seorang mampu membuatkan orang jatuh kagum dengan kebolehan lakonan mantapnya yang menurut ramai, dia adalah kanak-kanak perempuan paling cantik di Korea abad ini!

Sumber: tenasia.co.kr

Jo Eun-Hyung yang lahir pada tanggal 27 Mac 2005 itu dikenali menerusi penampilannya dalam sebuah filem kontroversi yang menceritakan kisah percintaan hubungan sejenis (lesbian) bertajuk “Teh Handmaiden”.

Jo Eun-Hyung juga pernah membintangi siri drama web “What On Earth Is Going On”. Sumber: kenh14.vn

Jo Eun-Hyung masih kelihatan ayu biarpun sedang melakonkan babak menyayat hati…

Sumber: kenh14.vn

Filem itu bukan sahaja popular di Korea malah berjaya mendapat perhatian penonton dari seluruh dunia sehingga berhasil merangkul banyak anugerah antarabangsa termasuklah tercalon dalam beberapa kategori di Festival Filem Cannes tahun lalu.

Sumber: Giphy

Biarpun hanya memegang watak sampingan dalam filem tersebut, Jo Eun-Hyung kian menjadi kegemaran ramai! Kanak-kanak itu sering diperhatikan dari hujung rambut hingga kaki malah ramai mengandaikan bahawa dia bakal menjadi antara bintang korea paling cantik suatu hari nanti!

Sumber: kenh14.vn

Kecantikan yang dimilikinya juga amat dikagumi dan rata-ratanya tidak percaya yang dia baru berusia 11 tahun.

Bakatnya disedari oleh sebuah syarikat hiburan Saetbyul-dang Entertainment dan disunting untuk memulakan karier sebagai pelakon kanak-kanak pada 2014.

Sumber: kenh14.vn

Kecantikan asli dan perwatakan comelnya itu mampu membuatkan sesiapa sahaja ‘cair’! Jadi tidak mustahillah jika dia mengikut langkah aktres ‘otai’ lain seperti Kim Yoo jung, Kim So Hyun, Kim Tae Hee, Lee Young Ae dan Song Hye Kyo umpamanya.

IKLAN
Sumber: TopStarNews.net

Sehingga kini kebanyakan maklumat peribadi Jo Eun-Hyung masih menjadi tanda tanya seolah dirahsiakan kerana sukar mencari cerita-cerita berkenaannya malah foto-foto komersialnya di Internet juga tidak banyak.

Bibir merah bak delima, kulit putih dan mulus serta rambutnya yang tebal mengurai itu sememangnya bonus melengkapkan pakejnya sebagai seorang selebriti…

Sumber: kenh14.vn
Sumber: kenh14.vn
Sumber: kenh14.vn
Sumber: kenh14.vn

Apa pendapat korang? ❤️

RUJUKAN 1, 2 & 3