Penulis memang taksub dengan dunia modelling tapi tidaklah sampai bercita-cita untuk menjadi supermodel. Minta posing dihadapan kamera pun segan, inikan pula untuk beraksi memperagakan pakaian dikhayalak ramai. Not so me!
Apa yang penulis tertarik dengan model ialah lagak yakin mereka diatas pentas runway. Lirikan mata, lenggok berjalan dan attitude dalam diri mereka memang memuaskan hati bila melihat. Semestinya rekaan pakaian dan aksesori juga jadi perhatian, semua tampak cantik ditubuh mereka.
Jika dahulu, ukuran untuk menjadi model sangat ketat hanya yang kurus, tinggi lampai, berkulit cerah dan tulang pipi tinggi sahaja yang layak. Bagi industri fesyen ciri sebegitu adalah yang paling ideal untuk semua orang.
Tapi tidak lagi sekarang, bila konsep diversity (kepelbagaian) mula diterima dan sepatutnya ia telah diserap sejak dulu lagi. Cuba anda lihat sekeliling anda, manusia ini terdiri dari pelbagai warna kulit, saiz dan kecantikan itu subjektif bukan objektif.
Perkenalkan 8 model yang luar biasa dan mewakili setiap individu diatas muka bumi ini….
#1 Ashley Graham
Wanita berusia 29 tahun ini tidak asing lagi dengan dunia modelling yang melibatkan pakaian untuk mereka yang bersaiz besar. Sebelum ini nama dia tidak pernah didengari oleh sesiapapun sehinggalah tercetus kontroversi dimana majalah Sports Illustrated buat pertama kali menampilkan model plus-size dalam kempen #CurvesInBikinis.
#2 Nyadak ‘Duckie’ Thot
Muncul dalam rancangan realiti Australia’s Next Top Model telah memberi Duckie atau nama sebenar Nyadak dengan gelaran ‘Black Barbie’. Berdarah Sudan dan menetap di Australia tidak membatas dia mengejar impian sebagai supermodel. Kalau anda pernah lihat iklan Fenty Beauty by Rihanna, Duckie ada dalam iklan tu!
#3 Madeline Stuart
Juga model asal Australia, Madeline Stuart buat penampilan secara dua kali di Minggu Fesyen New York. Dia model sindrom down yang kedua setelah Jamie Brewer dan paling hebat Madeline digelar model sindrom down profesional pertama di dunia. Baru sahaja menginjak setahun dalam industri. Madeline telah muncul dalam majalah Vogue!
#4 Winnie Harlow
Gadis 23 tahun ini memulakan langkah sebagai model ketika menyertai rancangan America’s Next Top Model Cycle-21. Winnie menghidapi penyakit kulit vitiligo dimana ada sebahagian bahagian kulitnya tidak cukup pigmen. Corak pada tubuh Winnie cukup menarik dan buat dia lebih standout dari model biasa. Dari majalah Cosmopolitan, Vogue Italia, Ebony malah kempen Swarovski sudah pun ditawan oleh Winnie.
#5 Shaun Ross
Berketurunan Amerika-Afrika, Shaun dilahirkan sebagai albino tapi jangan terkejut wajah dia sering dipaparkan dalam photo-editorial majalah GQ, Vogue, Paper Magazine dan Another Man. Sejak usia 16 tahun lagi dia telah melebarkan sayap dalam industri fesyen. Selain model untuk jenama pakaian Givenchy dan Alexander McQueen, Shaun juga merupakan wajah untuk syarikat Ford. Hebat!
#6 Rick Genest
Tatunya bukan sahaja penuh dibahagian badan malah diwajah dan atas kepala! Rick Genest yang juga dipanggil Zombie Boy mula menjadi bualan ramai setelah muncul dalam klip video bersama penyanyi Lady Gaga. Setelah itu dia kerap muncul dalam beberapa majalah fesyen seperti Vogue Hommes Japan dan GQ (UK). Hebatnya wajah tatu Rick bila Jay-Z mengambil dia sebagai duta untuk jenama fesyen penyanyi tersebut.
#7 Nyle DiMarco
Lirikan mata biru Nyle memang tidak melelahkan untuk melihatnya. Dari wajah yang tampan, tubuh yang sasa rupanya Nyle DiMarco antara orang kelainan upaya, pekak dan bisu. Jangan terkejut bukan sahaja hebat dalam bidang modelling, dia pemegang ijazah dalam jurusan Matematik! Nyle mula laku setelah menyertai rancangan America’s Next Top Model dan dia adalah peserta pekak-bisu pertama dalam sejarah rancangan tersebut.
#8 Halima Aden
Tahun 2016 merupakan tahun baik buat Halima apabila dia menyertai pertandingan Miss Minnesota USA sebagai peserta berhijab pertama dalam sejarah ratu cantik Amerika Syarikat. Tahun seterusnya, pihak IMG Models telah mengambil Halima dan mula berjalan sebagai model profesional untuk Maxmara dan Alberta Ferretti. Dialah satu-satunya model muslim dan kekal dengan penampilan hijab sehingga berjaya muncul dalam muka hadapan majalah terkemuka seperti Allure dan Vogue Arabia. Oh ya, Halima juga ada didalam iklan Fenty Beauty by Rihanna!
Bagi anda yang kurang rasa yakin kerana bentuk fizikal atau penampilan. Lihat mereka, kekurangan diri sepatutnya tidak disorok tapi harus diasah kerana itulah keunikan yang lahir untuk setiap insan. Go for yourself!
p/s- Kalau mereka boleh, penulis pun boleh bukan? #perasan