GuavaPass kini melebarkan sayapnya ke Malaysia!
Sejak dilancarkan pada 2015, semakin hari syarikat aplikasi yang menyatukan pusat-pusat kecergasan mewah dengan para pengguna berjiwa aktif ini semakin mendapat tempat masyarakat di sekitar Asia Tenggara termasuklah Timur Tengah.
Buat julung kalinya masuk ke pasaran tempatan, GuavaPass KL membuka peluang keemasan buat sesiapa sahaja untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan menempah slot kekosongan di gim dan pusat-pusat kesihatan mewah terdekat secara mudah menerusi khidmat atas talian.
Jeffrey Liu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi (CEO) GuavaPass berkata, “GuavaPass komited menyediakan akses kepada gaya hidup sihat di samping menggalakkan pertumbuhan lebih banyak pengusahaan perniagaan meliputi bidang kesihatan dan kecergasan dalam daerah ini”.
Menawarkan pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan menarik di beberapa lokasi pusat kesihatan terpilih sekitar Kuala Lumpur termasuklah Yoga, Pilates, Kayuh Basikal, Parkour, Boxing dan banyak lagi, yuran bulanan yang dikenakan adalah serendah RM89 seorang. Kini anda bisa menyertai pelbagai kelas kesihatan premium pada bila-bila masa tanpa sebarang masalah!
Tonton Video Pengenalan GuavaPass
Daftar sebagai ahli dan muat turun sekarang aplikasi GuavaPass di Google Play dan Apple App Store!
Untuk keterangan lanjut, sila klik [guavapass.com] atau lawat laman Facebook rasmi GuavaPassKL di [www.facebook.com/GuavaPassKL].