Nak berdiet memang susah, perlukan disiplin dan kecekalan hati yang tinggi supaya nafsu terhadap makanan dapat dikawal betul tak?
Diet adalah tabiat yang diamalkan seseorang untuk menahan selera makan daripada mengambil sebarang makanan yang tertentu atas tujuan sama ada untuk mengekalkan/menguruskan berat badan mahupun atas sebab-sebab perubatan dengan bimbingan pakar.
Biar macam mana pun cara yang anda manfaatkan, agak sukar sebenarnya untuk seseorang manusia menahan lapar dan ini Wanista tampil dengan beberapa cara strategik untuk anda sebenarnya mengenyangkan perut tanpa makanan.
#1 Alihkan Fikiran Daripada Merasa Lapar
Bersenam adalah salah satu cara untuk alihkan perhatian daripada terus berasa lapar. Otak akan fokus kepada aktiviti senaman yang dilakukan lalu melupakan rasa lapar.
Selepas bersenam, pasti anda akan dahaga yang juga merupakan langkah terbaik untuk mengelak pengambilan sebarang makanan kerana sudah pun berasa kenyang.
#2 Minum Air Sebanyak Mungkin
Dah bersenam, mestilah anda akan berasa haus kan? Lebih banyak anda minum, lebih efektif ia akan bantu perut anda untuk berasa kenyang sentiasa tanpa makanan.
“BIAR TAK MAKAN, TAPI JANGAN TAK MINUM”
Mengikut fakta saintifik pula, manusia boleh bertahan hidup selama tiga minggu tanpa makanan manakala hanya dapat hidup selama 4 hari jika tidak minum langsung.
#3 Kemam Air Batu
Fungsi mengemam dan menghisap air batu akan ‘menipu’ perut anda seolah-olah anda sedang makan dan mengunyah sesuatu. Ini sekaligus akan membuatkan perut berasa kenyang tanpa sebarang makanan!
Kesejukan air batu tersebut juga akan merangsang otak untuk fokus kepada sensasi sejuk lalu menghirau rasa lapar.
#4 Minum Teh Berperisa
Masih ingat lagi suatu ketika dahulu, saat semua wanita begitu obses mengambil teh hijau sebagai minuman diet yang dipercayai dapat menguruskan badan? SALAH! Menurut kajian yang dilakukan pakar, teh hijau langsung tidak bermanfaat untuk menurunkan berat badan.
“TEH TIDAK AKAN MENURUNKAN BERAT BADAN.”
Sebaliknya, teh hanya mampu membuatkan seseorang berasa kenyang lalu terhindar daripada pengambilan makanan secara keterlaluan. Kata pakar, minumlah teh berperisa seperti teh yang berperisa buah-buahan atau teh yang beraroma herbal kerana ia dapat bantu seseorang untuk berasa kenyang dengan cepat. Teh tersebut harus diminum tawar tanpa campuran gula okay?!
#5 Berus Gigi
Tabiat memberus gigi adalah salah satu interaksi psikologi untuk membuatkan diri berasa kenyang kerana bila gigi sudah bersih, anda pasti mahu mengelak diri daripada memakan kerana malas mahu memberus gigi semula kemudian. Selain itu, ia juga akan membuatkan diri terus berasa kenyang apabila deria rasa dalam mulut bertindak balas dengan rasa pudina yang hadir daripada ubat gigi.
#6 Cium Bau-Bauan Menenangkan
Apabila seseorang tertekan, perut akan lekas berasa lapar. Namun, anda boleh hilangkan rasa lapar tersebut dengan mencium bau-bauan menenangkan seperti menghidu bau daun pudina, bau lavender mahupun aroma herba lain yang hadir dari lilin beraroma. Kajian daripada Wheeling Jesuit University yang dilakukan seorang pelajar pada 2007 mendapati subjek yang mencium bau pudina selama 2 jam sehari dapat mengurangkan rasa lapar berbanding subjek yang tidak.
Selamat beramal! ❤️