Cuaca persekitaran yang tidak menentu di Malaysia kadang-kala kurang sesuai untuk penyimpanna makanan agar ianya bertahan lama bahkan, rata-ratanya akan cepat basi.
Oleh itu, 11street semalam mengumumkan kerjasama terkininya bersama Visionary Solutions untuk memperkenalkan produk solusi penyimpanan makanan terunggul dari Amerika Syarikat yang dipanggil FoodSaver.
Membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk turut serta membanteras pembaziran dan pembuangan makanan, anda sebenarnya boleh memanfaatkan teknologi vakum mengedap yang ada pada mesin sofistikated jenis V3940 inovasi FoodSaver untuk memanjangkan jangka hayat makanan yang dibeli termasuklah bahan mentah seperti daging dan sayuran serta lebihan makanan yang masih boleh disimpan dan dipanaskan kemudian.
Tidak dinafikan, kehebatannya mampu membuatkan bahan mentah yang lazimnya hanya akan segar dari tiga hingga enam minggu apabila disimpan rapi di dalam peti ais kini mampu bertahan segar dua hingga tiga tahun lamanya!
Menurut laporan dari tahun 2015, rakyat Malaysia sekurang-kurangnya membuang lebih 15,000 tan makanan dalam sehari.
Melihatkan keadaan masyarakat hari ini yang semakin terpanggil untuk mengamalkan cara hidup sihat, selain membanteras pembaziran makanan, FoodSaver juga dapat membantu pengguna untuk mengekalkan kesegaran makanan -mengedap makanan mentah dalam plastik khas dengan bantuan mesin FoodSaver mampu memelihara makanan tersebut dari terdedah secara langsung pada oksigen dan udara yang menjadipunca makanna tersebut kehilangan tekstur, kesegaran, nilai nutrisi serta rasa aslinya.
Sistem pengedapan vakum FoodSaver akan mengeluarkan segala udara yang mengelilingi makanan sekaligus mengelak makanan daripada cepat rosak.
Ditawarkan dalam bentuk bekas kedap udara, bekas peraman, balang, penutup botol, plastik simpanan serta beg ziplock.
Tonton Demo Penggunaan FoodSaver Vacuum Sealer V3840
FoodSaver Vacuum Sealer V3840 boleh dibeli pada harga RM1,359 bermula hari ini hingga 22 Oktober 2017.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.11street.my/FoodSaver].