Mungkin sudah jarang mendengar orang mencuci muka menggunakan sabun mandi tapi jangan ambil endah, entah masih ada lagi yang mengamalkannya. Ini semua gara-gara rasa mencuci muka itu sama sahaja seperti mencuci anggota badan yang lain. Alasan yang kedua ialah buat apa nak menghabiskan duit membeli pencuci muka walhal sabun biasa juga bekerja sebagai mencuci.
Oh please! Sejak lapuk lagi ramai tegah untuk mencuci muka dengan sabun mandi. Tapi kenapa ya?
#1 Menggangu kadar pH
Kulit muka bersifat asid dan sabun pula biasanya bersifat alkali yang tinggi. Biasanya kadar pH kulit diantara 4 hingga 6.5 dan sabun pula tinggi alkali sehingga 7 keatas. Bila sabun yang tinggi alkali bertemu dengan kadar kulit yang tinggi asid boleh menyebabkan kondisi kulit menjadi lebih teruk.
#2 Kulit kering
Memang sabun mampu menghilangkan kesan kulit berminyak namun ia bukanlah sama seperti pencuci muka biasa. Formula sabun berbeza, ia menghilangkan kesan minyak, mengetatkan pori-pori tapi mengeringkan kulit dan menganggu keseimbangan pH kulit wajah anda. Paling menakutkan, sabun menyahkan segala sumber semulajadi kulit.
#3 Beri masalah kulit
Bahan kimia dalam sabun bukan sahaja mengeringkan kulit muka malah beri kesan garis halus dan kedutan. Ini semua kerana formula sabun lebih kasar sesuai untuk membersihkan kulit badan bukan muka. Selain itu masalah kulit kusam dan acne break-out juga boleh berlaku.
Jadi masih lagi nak mencuci muka dengan sabun mandi sebab nak jimat ke? Ingat muka kita ni…kita nak pakai lama. Oppss!