Makanan, Pilihan

6 Restoran Nasi Kukus Ni Buat Korang Ketagih

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
6 Restoran Nasi Kukus Ni Buat Korang Ketagih

Sedapnya kalau masa lunch atau dinner nanti dapat makan nasi kuku ayam berempah!

Makan panas-panas dengan aroma dari ayam berempah yang rangup tu, digabung pula dengan rasa kuah kari dan sambal belacan… perghhh! Terbaik!

Kombo mengenyangkan untuk orang yang sukakan keenakan rasa ala kampung, ini Wanista senaraikan enam buah restoran dan gerai nasi kukus paling gempak yang korang wajib ‘pekena’.

#1 Nasi Kukus Juna

Sumber: Foursquare/Nasi Kukus Juna

Dibuka setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad dari jam 10.00am hingga 5.00pm di Widad University, Malay Town (belakang Capital Mall) dan Dewan Sriwaniaga KPTM Kuantan manakala, setiap hari dari 10.00am hingga 9.00pm di Arked Mara Jaya Gading dan Jungle Foodcourt Indera Mahkota. Nikmati keenakan rasa ayam berempah dan kuah karinya yang memang dipuji ramai!

Sumber: blogspot/syarliz

Alamat: Lot 38944, Lorong IM 6/1, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang, Malaysia

Nombor Telefon: 019-942 4676

Facebook: [KLIK]

#2 Nasi Kukus Ilham

Sumber: Facebook/Ilham Nasi Kukus @ Mutiara Damansara

Salah satu restoran nasi kukus paling terkenal! Dibuka dari 11.30am hingga 10.00pm, berduyun-duyun orang akan datang semata-mata untuk makan hidangan nasi kukus di sini.

Sumber: Facebook/Ilham Nasi Kukus @ Mutiara Damansara

Dijual pada harga RM6 setiap bungkus, anda semua pasti berpuas hati dengan saiz ayam goreng berempahnya.

Menurut sumber, resepi nasi kukus di sini telah diwarisi secara turun-temurun bahkan dimasak menggunakan cara tradisi Kelantan. Nasi kukus panas akan digabungkan dengan tiga jenis kuah, ayam goreng, ikan bilis serta nanas.

Sumber: Facebook/Ilham Nasi Kukus @ Mutiara Damansara

Alamat: No.7,jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia.

Nombor Telefon: 013-966 2525

Facebook: [KLIK]

#3 Warung Nasi Kukus Mak Jemah

Foto -Facebook/Warung Nasi Kukus Mak Jemah

Sentiasa dipenuhi pengunjung, warung nasi kukus ini menjanjikan hidangan Nasi Kukus paling enak termasuklah lauk-pauk aneka pilihan yang boleh dimakan bersama nasi kukus panas!

Foto -Facebook/Warung Nasi Kukus Mak Jemah

Selain itu, mereka turut menawarkan menu Rojak Buah, Pulut Mangga, Jus Mangga Susu, Nasi Kerabu, Ayam Masak Merah, Ikan Keli Berlada, Ayam Penyet dan banyak lagi!

Foto -Facebook/Warung Nasi Kukus Mak Jemah

Alamat: Bazaria Pantai, Jalan Pantai Permai 2, Pantai Dalam, 59200, Kuala Lumpur, Malaysia ***(area food court)

Nombor Telefon: 018 – 327 3735

Facebook: [KLIK]

#4 Nasi Kukus Wafie

Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan di tepi jalan akhirnya jenama Nasi Kukus Wafie ini terkenal di mana-mana. Mereka menggabungkan resepi keluarga dengan resepi nasi kukus asli sekaligus berjaya menghasilkan satu ras yang cukup menggamit memori!

Sumber: Facebook/Wafie Nasi Kukus Ayam Goreng

Bukan itu sahaja, gulai kari, kari kicap serta sambal belacan yang dihidangkan bersama sebagai lauk pelengkap juga enak tak terkata.

Alamat: No. 600, Jalan Samudera Utara 2, Taman Samudera, Batu Caves, 68100, Malaysia

Nombor Telefon: 017 2018600 / 017 3830044

Facebook: [KLIK]

#5 Nasi Kukus RZ

Restoran Nasi Kukus RZ memang terkenal dalam kalangan pelajar UiTM Shah Alam!

Sumber: Facebook/RZ Nasi Kukus

Buat sesiapa yang berkunjung ke sini, anda pasti akan menyukai kuah gulai yang dihidangkan kerana rasanya memang lemak habis. Sambal belacan yang dihidang pun sedap, memang kena sangat jika digaulkan dengan gulai tersebut. Harga bagi setiap hidangan nasi kukus pula adalah sebanyak RM6. Selain nasi kukus, anda dinasihatkan untuk mencuba rasa dadih susu yang dijual di sini.

Sumber: Facebook/RZ Nasi Kukus

Berita baik, restoran ini akan dibuka sehingga 2.00am dari Sabtu hingga Khamis tau! Kalau tengah-tengah malam lapar boleh datang sini.

Sumber: Facebook/RZ Nasi Kukus

Alamat: Jalan Plumbum AA/7AA, 40000 Shah Alam, Malaysia

Nombor Telefon: 013-744 4440

Facebook: [KLIK]

#6 Nasi Kukus Ayam Dara

Sumber: Facebook/Nasi Kukus Ayam Dara

Gerai Nasi Kukus Ayam Dara yang terletak di Taman Melati, Kuala Lumpur ini sudah cukup terkenal. Rasa garing ayam ditambah pula dengan kuah kari yang panas pastinya memberikan rasa yang sangat enak dan menyelerakan. Gerenti, lepas sekali cuba mesti nak lagi!

Sumber: Facebook/Nasi Kukus Ayam Dara

Berharga serendah RM7, apa yang menarik adalah anda bakal diberi air minuman seperti teh o ais atau limau ais secara percuma. Kalau nak rasa lebih unik, boleh try menu Nasi Kukus Ikan Bawal dan Nasi Kukus Ikan Keli.

Sumber: Facebook/Nasi Kukus Ayam Dara

Alamat: Pt22 Jln Taman Melati, Taman Melati Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia

Nombor Telefon: 018-575 8153

Facebook: [KLIK]

Selamat menjamu selera! ❤️