Telefon pintar jenama Wiko yang asal dari negara Perancis telah mengambil tempat di pasaran gadjet negara dengan memperkenalkan dua koleksi telefon pintar VIEW iaitu View dan View Prime. Rekaan yang elegan dengan paparan 5.7″ dan kaca 2.5D serta yang lengkap bersama badan metalik. Menariknya kedua-dua koleksi ini mempunyai ratio skrin yang lebih besar sehingga 80%, ini memberi pengalaman visual maksima kepada pengguna.
Hasil Selfie Tampak Semulajadi
Kamera hadapan 16MP dikuasakan dengan flash cahaya lembut beri hasil gambar selfie yang cerah dan tajam. Kualiti gambar boleh diubah dengan menggunakan aplikasi Auto-HDR yang beri gaya fotografi profesional dan gambar potrait lebih fokus dengan Live Potrait Blur.
Gambar dan Video Mengagumkan
Gambar-gambar yang ditangkap dan rakam lebih jelas dan hidup dengan kuasa 13MP dari View dan 16MP dari View Prime. Fungsi Auto-Scene membolehkan ia memperbaiki rakaman tanpa ada perlu menyuntingnya semula. Malah, untuk rakaman video ia mempunyai ciri Video Stabilisation dan Live Auto Zoom serta Time-Lapse hanya dengan satu sentuhan.
Kuasa Fungsi Yang Mantap
Telefon pintar View dikuasakan dengan quad-core Snapdragon 425, manakala View Prime octa-core Snapdragon 430. View mempunyai 32GB dan 3G RAM dan View Prime pula didatangi dengan 64GB memori dan 4GB RAM.
Warna pilihan sesuai untuk pasaran Malaysia seperti Black, Deep Bleen dan Cherry Red untuk View dan View Prime, Black dan Deep Bleen. Harga mampu milik dari Wiko bermula RM899 untuk koleksi View dan RM1,199 bagi View Prime. Kedua-dua telefon pintar ini boleh dibeli pada Oktober di stor Wiko seluruh negara.
Maklumat lanjut mengenai Wiko Malaysia, layari http://my-en.wikomobile.com/ atau laman Facebook Wiko Malaysia di www.facebook.com/WikoMalaysia.